Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'SYA BUAYA' dah jadi 'SYAHANAT' - Pemilik motosikal ubahsuai nombor plat ditahan polis

0


Lelaki 'terpaling pandai' mengubah suai nombor pendaftaran motosikalnya dengan perkataan 'SYA BUAYA' dan juga mengubahsuai ekzos motosikalnya antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, Sabah, Ahad, 7 Mac 2021. 


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Belud menjalankan operasi itu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah. 


Sepanjang tempoh operasi dijalankan, sebanyak 13 motosikal telah disita atas kesalahan mengubahsuai ekzos, selain beberapa lagi kesalahan lain yang turut dikesan. 


Polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai terbabit dalam kes curi pada 2012. Sebanyak 23 saman trafik telah dikeluarkan kepada mereka yang ditahan atas pelbagai jenis kesalahan.


Bagi pemilik yang mahu menuntut semula motosikal disita, polis menetapkan mereka perlu memasang semula ekzos asal. Polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik yang mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising yang menyebabkan pencemaran bunyi. 


Mohd Zaidi menyeru masyarat di Kota Belud terus memberi kerjasama dengan pihak polis agar dapat membendung gejala tidak sihat ini terutamanya golongan remaja. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram