Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 70 buah rumah di Kampung Balok & Taman Balok Baru, rosak akibat ribut & hujan lebat

0


Sebanyak 70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru di sini rosak akibat dilanda ribut dan hujan lebat, petang semalam.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA) Zaubidah Said berkata, kejadian berlaku antara 5 petang hingga 7 malam dengan kesemua rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan angin kencang.


"Buat masa ini, tiada laporan membabitkan individu yang cedera dan pusat pemindahan juga tidak dibuka kerana penduduk terjejas masih memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.




Sementara itu, mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 249 orang setakat 7.30 pagi ini berbanding 114 orang semalam, dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.


Portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan PPS di Dewan KRT Taman Murni Sungai Isap itu menempatkan 59 mangsa daripada 14 keluarga.


Pusat pemindahan lain ialah Balai Raya Kampung Tiram yang menempatkan 103 mangsa daripada 32 keluarga; Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 (73 mangsa, 25 keluarga); Balai Raya Bukit Kuin 1 (lapan mangsa, dua keluarga) dan Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam mangsa, satu keluarga).


Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air dan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat akan berterusan hari ini dan cuaca di Kuantan pada pagi ini adalah mendung.


Laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan dua sungai di daerah ini iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Belat di Sri Damai, berada pada paras amaran.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram