Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Bisnes terjejas RM40K, YouTube Channel hilang 30K subscribers' - Isa Isarb tampil mohon maaf & setuju bayar RM8,000 kepada mangsa untuk settle kes

0


Hujung minggu lalu, viral di media sosial video YouTuber and the gang membelasah seorang lelaki di gelanggang futsal kerana tidak berpuas hati salah seorang rakan mereka dipukul. 


Semalam, YouTuber terbabit tampil memberi penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka setelah isu itu menjadi viral dan memberi impak terhadap perniagaannya yang membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit.


Isa Isarb atau nama sebenarnya, Isa Batharul Zaman, 23, mengakui dia bertindak mengikut emosi dan darah muda pada Jumaat lalu. 


"Saya minta maaf kepada semua yang terkesan, sepatutnya saya tunjuk contoh baik tetapi tidak kerana bertindak mengikut emosi," katanya dalam video berdurasi 17 minit 32 saat itu di Instagramnya. 


Menurut Isa, sebelum kejadian dia berada di Mid Valley sebelum dihubungi oleh rakannya, Hafiz, yang memaklumkan dirinya dipukul beramai-ramai. 


"Bila saya sampai dekat lokasi, memang datang dalam keadaan marah sebab kawan kena pukul. Lepas tu pukul depan ramai orang and artis lain yang pukul. Sampai-sampai je saya buat apa yang diorang buat. Diorang pukul, saya pukul balik. 


"Bila tanya side sana, ada yang cakap Hafiz ni kena pukul dengan seorang dan yang lain pegang dia je. And abang kepada budak tu datang pegang kolar dia macam tu. Ada yang lain pula cakap, Hafiz kena tumbuk dengan seorang je, bertubi-tubi kena tumbuk. And abang dia dah pukul adia dia yang tumbuk tu," katanya. 


Bagaimanapun, kes itu telah diselesaikan secara baik di mana kedua-dua pihak menarik balik laporan polis. Isa and the gang juga bersetuju untuk membayar RM8,000 kepada mangsa, Rahimie, sebagai ganti rugi di mana RM5,000 telah dibayar pada 6 Mac lalu dan bakinya akan dilangsai pada 8 April.


Bagi Isa, bayaran ganti rugi itu mungkin tidak setanding dengan kesan yang dihadapi mangsa, tetapi itu jalan penyelesaian yang telah dipersetujui bersama. 


Isa juga meluahkan rasa kesal berikutan video kejadian itu viral di media sosial, sedangkan hal itu telahpun selesai di antara kedua-dua pihak. Akibat dari viral itu, Isa mengakui perniagaan yang dijalankannya turut menerima kesan. 


"Keadaan jadi bertambah rumit apabila kisah itu tular di media sosial dan ia bukan hanya memburukkan nama, malah bahagian pemasaran saya menerima banyak kiriman mesej berbaur makian selain tuntutan pemulangan wang bayaran dibuat oleh pelanggan. 


"Ada dalam RM30,000 hingga RM40,000 yang sudah dipulangkan semula," katanya. 


Selain kerugian wang, Isa mendedahkan jumlah pengikut di saluran YouTubenya juga berkurangan dari 2.06 juta kepada 2.03 juta (anggaran kasar 30,000). 



Dalam pada itu, Isa berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia kerana telah mengambil tindakan pantas untuk mengendalikan kes yang kini dianggap telah selesai. 


Sementara itu dari pihak mangsa, Rahimie menjelaskan dia berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan nasib yang menimpanya. Dia kini sedang beransur pulih dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan. 



Sumber: Harian Metro, Oh! Bulan, IG Isa Isarb, IG Rahimie

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram