Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Dia mamam garam macam mamam nasi, auto darah tinggi' - Lelaki mamam 4 bungkus garam demi RM8,573

0


Kerjaya sebagai 'Content Creator' kini semakin banyak menjadi pilihan orang khususnya anak-anak muda. Selain meraih populariti, ia juga mampu menjana pendapatan lumayan. Tetapi sebagai Content Creator perlulah kreatif dalam menghasilkan kandungan agar dapat menghiburkan atau menarik minat netizen. 


Seperti yang dilakukan oleh lelaki berasal dari Palembang, Indonesia ini, Anggun Supriadi, terkenal dengan video mukbang atau makan di depan kamera bagi tontonan followersnya. Tetapi Anggun memilih untuk makan makanan yang berlainan dari kebiasaannya iaitu seperti lada, jus cili merah, garam sehinggalah ke telur mentah. 


Anggun kebiasaannya melakukan live streaming di akaun Tik Toknya, @anggun_supriadi, di mana dia meletakkan beberapa makanan di atas meja dan kemudian mula memakan menu yang dipilih oleh penontonnya pada waktu itu. Jika Anggun dapat memenuhi permintaan penonton, maka dia akan diberi ganjaran seperti wang, handphone dan sebagainya. 


17 Mac 2021, Anggun nekad menerima cabaran dari netizen untuk makan empat bungkus garam yang menjanjikan hadiah sebanyak 30 juta rupiah (RM8,573). Video itu viral di media sosial dan telah ditonton lebih dari 22.3 juta kali. 


@anggun_supriadi

Balas @anggun_supriadi IG:anggunsupriadi123 ##fyp ##fyp ##trending ##viral ##viral6

♬ original sound - anggun✨


Di ruangan komen, netizen tidak menggemari apa yang dilakukannya itu kerana pengambilan garam yang terlalu banyak boleh mengundang masalah kesihatan yang serius. 


"Sanggup makan garam sebab nak duit. Demi follower, sanggup buat kerja bongok. Inilah jenis-jenis orang yang takkan hidup lama," kata netizen. 


Tidak kurang juga ada yang mengatakan video itu sebenarkan telah disunting sebelum dimuat naik ke Tik Tok berikutan dalam video tersebut jelas kelihatan potongan demi potongan dilakukan bagi memendekkan durasi video. 


Dan dalam masa yang sama, garam yang dimasukkan dalam mulut itu dikeluarkan kembali dan bahagian itulah yang dikeluarkan dari video bagi menjayakan 'karya' mukbang tipu-tipu. 


Ada juga yang mengatakan, kandungan dalam paket itu sebenarnya bukan garam, berkemungkinan tinggi adalah bahan lain. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram