Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Hafiz call aku menangis², aku datang bayar balik je' - 3 pihak tampil cerita perkara sebenar kes gaduh di gelanggang futsal babitkan clan YouTuber

0


Viral di media sosial video pergaduhan di antara dua kumpulan futsal gara-gara terjahan keras ketika perlawanan sedang berlangsung. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam, Jumaat, 5 Mac 2021, di Taman Perindustrian Subang.


Berdasarkan siasatan, berlaku perselisihan faham yang membabitkan seorang remaja berusia 19 tahun yang dikatakan melakukan terjahan keras terhadap lelaki berusia 22 tahun ketika perlawanan persahabatan itu sedang berlangsung. 


Remaja dan lelaki itu kemudian bergelut sebelum dileraikan lelaki berusia 29 tahun dari pasukan remaja berkenaan. Namun, lelaki yang meleraikan pergaduhan itu pula menjadi mangsa di mana dia dipukul kira-kira 10 lelaki. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, kening, muka dan badan.


Tiga lelaki termasuk remaja berkenaan telah membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan 12 individu termasuk YouTuber yang terbabit dalam kejadian itu pada awal pagi Ahad, 7 Mac 2021.


Kesemua suspek ditahan pada jam 1 pagi dalam dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang serta akan direman selama satu hari untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Selain itu, mereka juga berdepan dengan tindakan kompaun RM1,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP (tiada penjarakan fizikal)




'SAYA DIPUKUL 12 ORANG' - MANGSA


Viral di media sosial juga, salinan laporan polis yang dibuat mangsa (lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan):


"...berlaku pergaduhan antara Firdaus dan Hafiz yang berpunca dari futsal. Selepas itu saya telah meleraikan pergaduhan tersebut dan mereka telah berdamai dan Hafiz telah balik


"Jam 10.20 malam (5 Mac 2021), Hafiz datang semula ke tapak futsal bersama kawan-kawannya yang lain lebih kurang 25 orang (5 buah kereta). Hafiz telah memberitahu abangnya yang saya ada memukulnya. Selepas itu saya dikelilingi 12 orang termasuk Hafiz. Mereka memukul saya menggunakan tangan dan kaki.


"Saya mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan sakit di bahagian badan. Atas kening sebelah kanan koyak kerana terkena walkie talkie yang digunakan salah seorang daripada mereka. 


"Staff (tempat futsal) telah menarik saya ke tepi dan menyuruh saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan," katanya yang juga memaklumkan dia terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM2,226 atas perbuatan kumpulan berkenaan yang memukulnya tanpa sebab. 



'YA SAYA ADA KAT SITU TENGOK WHOLE THING' - SAKSI


Menyedari kejadian itu viral di media sosial, salah individu yang menyaksikan kejadian itu pada hari kejadian tampil mendedahkan situasi yang berlaku pada masa kejadian, berdasarkan pemerhatiannya yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Bangbut. 


"Aku antara yang ada dekat Ferro malam tu. Apa punca gaduh aku memang tak tahu. Tapi aku habis futsal time tu. Geng-geng ***** ini duk berlari keliling tempat futsal tu cari seseorang. Aku memang tak cam sebab ak ambil port pasal *****. Time dah kumpul ramai-ramai kat luar baru tahu *****. 


"Diorang dah lari masuk, pastu keluar balik. 6-7 buah kereta juga. Itu pun ada 1-2 buah kereta parking di luar. Apa yang saya dengar dari budak situ, diorang memang ada bergaduh dalam court. Tapi settle situ, dah salam dah


"Hafiz tu balik, panggil geng dia. Second part itu, ya saya ada kat situ tengok whole thing. Duk terjerit kata nak kutip orang dekat rumah bagai. Siap cakap 'Biar polis datang, asal budak tu pecah kepala'. Diorang rumble Rahimie (mangsa) tu salah orang. Sebab time dekat luar, gaya apa diorang bincang diorang pun macam tak cam/kenal siapa yang buat hal. Diorang duk tanya sesama sendiri mana budak tu lah, apa lah. Tahu-tahu masuk dalam rumble salah orang


"Aku terus gerak dekat tempat parking area pagar futsal tu dengan member aku. Rahimie ni dengan kepala berdarah datang ke arah aku. Aku offer jersey lap darah dia. Dia dah lap apa semua, dia minta member aku hantar pergi klinik. Setakat itu sajalah aku tahu," katanya. 



'KAU DAH LUNYAI HAFIZ, KAU NAK EXPECT KITORANG DATANG BINCANG? MEMANG TAKLAH' - PIHAK SEBELAH SANA


Bagaimanapun dari sebelah pihak Hafiz pula tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Hafiz sebenarnya telah dipukul beramai-ramai sehingga menangis sebelum menghubungi rakan-rakannya. 


"Diorang tu bodoh. Dia pukul Hafiz beramai-ramai dulu. Diorang pun influencer juga. Diorang dah lama dah tak suka dengan kita, hasad dengki. Diorang dah ada dalam industri lama, tapi kita dapat beat lagi cepat naik. Pastu tiba-tiba diorang ajak main futsal


"Hafiz pergi tengah-tengah main, diorang main kasar. Lepas tu ada satu budak diorang terjatuh. Budak itu datang tumbuk Hafiz. Pastu member dia semua join pukul Hafiz ramai-ramai. Hafiz call aku menangis-nangis. Aku datang bayar balik je.


"Patut kalau diorang nak kita handle (secara) profesional, jangan sentuhlah budak aku. Kau dah lunyai Hafiz, lepas tu kau nak expect kitorang datang bincang? Memang taklah


"Tapi dah settle dah semalam kat balai polis. Tiba-tiba diorang pakai team-team influencer diorang nak viralkan. Biarlah diorang nak follower agaknya. Lepas tu dia buat fitnah bawa senjata kerambit bagai. Semalam dia dah kena sound dengan polis buat report tipu.


"Apa-apa redha sajalah. Diorang viralkan benda tipu. Diorang just letak part yang kita pukul je. Part diorang pukul ramai-ramai, diorang tukar cerita tu jadikan "Gaduh futsal", "1 vs 1". Biar je la, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga nanti. Aku tengah tunggu video diorang pukul Hafis je. Aku dah cuba cari, tak dapat lagi," kata individu yang tidak didedahkan namanya itu. 



'INI APA YANG BERLAKU SEMALAM' - HAFIZ


Semakan di Instagram Hafiz turut mendapati lelaki itu berkongsi penafian tersebut dan mengesahkan itulah perkara sebenarnya yang berlaku. 


"Ini apa yang berlaku semalam. Minta maaf salah silap. Saya cuba perbetulkan dalam masa akan datang," tulisnya. 



Sumber: Harian Metro, LP Rahimie, Instagram Isarb Hafiz, Twitter Bangbut

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram