Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Jangan laporkan saya pada polis!' - Rayu driver wanita mabuk langgar 4 kereta sampai jahanam

0


Lima buah kenderaan terbabit dalam kemalangan gara-gara seorang pemandu wanita yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian jam 11 malam tadi di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Mada, Ampang.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Farouk Eshak berkata, pemandu wanita warga China berusia 54 tahun itu memandu kereta Proton Wira dan melanggar empat kenderaan lain (Mazda, Honda City, Chevrolet dan Proton Saga) sehingga mengalami kerosakan, tetapi tidak membabitkan sebarang kecederaan nyawa. 


Siasatan awal polis mendapati, pemandu wanita itu hilang kawalan sebelum melanggar Mazda yang diletakkan di bahu kiri jalan. Dia kemudian mengundurkan keretanya lalu melanggar Honda City yang berada di parkir bahu kanan jalan menyebabkan kenderaan itu teranjak ke hadapan, melanggar kereta Chevrolet. 


Suspek meneruskan permanduannya dan sekali lagi hilang kawalan melanggar kereta Proton Saga yang diletakkan di tepi kanan jalan, sebelum megundurkan keretanya sehingga terhenti di dalam garaj yang terdapat di tepi kiri jalan. 


Wanita terbabit diarahkan menjalan ujian kandungan alkohol dalam badan dan hasil ujian mendapati, kandungan alkohol dalam darah suspek melebihi jumlah had yang ditetapkan. 


Suspek terus direman sehingga 27 Mac 2021 mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sebanyak RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000, dan dihukum penjara tidak melebihi 12 bulan. 




Polis menyeru orang awam yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di 012-4401095


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram