Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Mesti ada yang tak kena ni' - Penumpang wanita terjun keluar dari teksi, driver teksi dipukul driver Mercedes

0


Tindakan seorang wanita berusia lingkungan 30-an secara tiba-tiba keluar dari teksi yang sedang bergerak, mengundang pelbagai persoalan netizen apa sebenarnya yang sedang berlaku. 


Video dirakam dari dashcam pemandu yang kebetulan berada di belakang teksi itu menunjukkan, ketika teksi itu mendekati susur masuk ke jalan utama, pintu kereta bahagian penumpang belakang (kiri) dibuka oleh penumpangnya. 


Dalam kelajuan yang sederhana itu, wanita berkenaan cuba keluar tetapi disebabkan gagal mengimbangi badan, dia akhirnya terjatuh sebelum bingkas bangun dan menahan kereta Proton Saga di belakang. 


Pemandu teksi turut memberhentikan kenderaannya dan keluar. Wanita itu kembali ke teksi untuk mengambil barangnya dan berlari kembali masuk ke dalam Proton Saga berkenaan.


Tidak kedengaran apa yang dikatakan oleh pemandu teksi itu, tetapi dipercayai mempersoalkan tindakan berbahaya wanita itu. 




Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 13 Mac 2021 di Jalan Bangsar berdekatan dengan Dataran Maybank. 


Tidak begitu banyak maklumat mengenai kejadian itu, tetapi di ruangan komen penuh spekulasi-spekulasi yang tidak diketahui kesahinannya.



Bagaimanapun, video kedua yang dimuat naik di Facebook Group The Republic of Bangsar pula menunjukkan pemandu teksi itu dipukul oleh seorang lelaki yang memandu kereta Mercedes. 


Video berdurasi 36 saat itu menunjukkan, pemandu teksi itu ditumbuk beberapa kali di bahagian kepalanya. Pengadu yang membuat rakaman video berpandangan perbuatan menyerang pemandu teksi itu adalah tidak wajar. 



Justeru, netizen berharap pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram