Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Remaja cuba terjun dari jambatan, tertekan handphone dirampas bapanya kerana kerap bermain game

0


Tertekan ditegur bapa kerana kerap bermain game membuatkan remaja perempuan berusia 16 tahun ini mahu terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, susur Berjaya Hills Bukit Tinggi. 


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pada jam 2.12 petang Selasa, 16 Mac 2021, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum mengerahkan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi pergi ke lokasi. 


Sebaik saja tiba, polis mendapati gadis itu masih duduk di tebing jambatan dan kelihatan beberapa anggota lain cuba memujuknya untuk bertenang. 


Bomba juga dihubungi untuk datang ke lokasi bagi memasang jaring di bawah jambatan sebagai persediaan sekiranya remaja itu bertindak terjun dari tebing jambatan. 


Ketika remaja itu sedang leka memandang ke arah lain, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar, yang berada berdekatan mengambil kesempatan untuk terus berlari dan menarik remaja itu dari belakang serta menahannya daripada memanjat semula tebing jambatan berkenaan. 


Beberapa individu yang lain segera datang menghulurkan bantuan dan memeriksa keadaan remaja itu sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. 



Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai mengalami tekanan setelah ditegur bapanya kerana sering bermain game di telefon bimbitnya. Dan disebabkan ketagihannya bermain game, telefon bimbitnya turut dirampas oleh bapanya. 


Selain itu, remaja terbabit juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan masih dalam tempoh rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. 



Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram