Slider

(Video) 'Saman dia main handphone' - Lelaki kantoi rakam video kemalangan disaman polis trafik on the spot


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia untuk merakam gambar atau video menggunakan telefon pintar apabila ternampak kemalangan jalan raya. Pemandu juga tidak terkecuali dari melakukannya meskipun sedar bahawa perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah salah di sisi undang-undang. 


Baru-baru ini, viral klip video berdurasi 22 saat yang menunjukkan seorang lelaki merakam video kemalangan jalan raya yang tidak diketahui lokasinya. 


Ketika itu, kelihatan beberapa anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas bagi melancarkan pergerakan laluan tersebut agar pihak kecemasan dapat segera datang tanpa sebarang halangan. 


Namun, tindakan lelaki itu menarik perhatian salah seorang anggota trafik yang kemudian memberhentikan kenderaannya lalu meminta perakam untuk ke tepi bagi proses tindakan undang-undang. 


Keterujaan lelaki itu untuk merakam kemalangan tersebut akhirnya terbantut dan redha dikenakan tindakan saman atas kesalahannya sendiri. 


Perakam: "Terbalik geng..."


Kena tahan, disuruh buka tingkap.


Perakam: "Ye encik?" 


Polis Trafik: "Saman dia main handphone. Parking tepi dulu, sebelah kiri"



Di media sosial, ramai tak terkata netizen yang membahan kejadian yang tidak disangkakan itu. Malah mereka sebulat suara memuji tindakan anggota terbabit yang bertindak cepat. 


Para pengguna jalan dinasihatkan untuk bertindak secara bijak apabila berada di atas jalan raya. Jangan disebabkan tindakan anda teruja merakam kemalangan, pengguna lain terpaksa menanggung kelewatan kerana kesesakan yang anda lakukan semata-mata untuk membuat rakaman. 


Lancarkan trafik, elakkan dari menjadi beban kepada pengguna jalan raya lain. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo