Slider

(Video) 'Wah senang betul hidup kau main buang camtu ye?' - MBPP bakal saman pemandu Bezza buang sampah merata


Perbuatan seorang pemandu Perodua Bezza membuang sampah dari keretanya di kawasan parkir mengundang kecaman netizen. 


Video viral di media sosial berdurasi 3 minit 11 saat itu menunjukkan lelaki terbabit dengan selambanya membuang segala sampah sarap yang terkandung di dalam keretanya itu keluar tanpa sebarang rasa bersalah. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang dan kini pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil maklum dan akan menggesan lelaki itu berdasarkan nombor pendaftaran kenderaannya sebelum mengenakan tindakan undang-undang. 


"MBPP memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandaraya kita. 


"Tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. Jika sabit kesalahan, pelaku obleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500 dan RM1,000 bagi kesalahan kali kedua," katanya. 



Dalam pada itu, MBPP juga menyarankan orang ramai untuk menjadi mata dan telinga MBPP dengan melaporkan sebarang kesalahan yang diakukan oleh orang awam seperti dalam video viral agar tindakan dapat diambil. Tanggungjawab memerlihara kebersihan bandar adalah tanggungjawab bersama-sama. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo