Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita terjumpa muntah ikan paus bernilai RM1.05 juta ketika berjalan di pantai

0


Seorang wanita di Thailand bagaikan tidak percaya yang dia bernasib baik menemui ketulan muntah ikan paus bernilai hampir RM1.05 juta, di pantai yang berhampiran dengan rumahnya. 


Siriporn Niamrin, 49, sebelum itu berjalan-jalan di pantai selepas hujan ribut dan ternampak ketulan tersebut yang dipukul ombak di wilayahh Nakhon Si Thammarat pada 23 Februari lalu. 


Setelah memeriksa objek itu, dia mendapati baunya seperti ikan lalu dibawa pulang ke rumah kerana percaya dia mungkin menemui sesuatu yang amat berharga. 



Dia kemudian meminta bantuan jiran untuk memeriksa objek tersebut dan alangkah terkejutnya apabila dia dimaklumkan bahawa objek itu adalah ketulan muntah ikan paus atau nama lainnya, ambergris. 


Ambergris berukuran lebar 12 inci dan panjang 24 inci dengan berat 6.8 kilogram itu dianggarkan bernilai RM1.05 juta. 


Bagi mengesahkan objek itu adalah ambergris, Siriporn dan jirannya membakar objek tersebut menyebabkan sebahagiannya cair sebelum kembali mengeras. 


Siriporn kini sedang menunggu pakar datang ke rumahnya untuk membuat pengesahan objek tersebut yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. 


"Kalau betul saya dapat ketulan muntah paus ini, bolehlah saya membantu komuniti saya mencari pembelinya. 


"Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menemui ketulan ambergris yang besar ini. Saya harap ia dapat memberi pulangan wang. Sekarang saya simpan ketulan itu dirumah dan minta pihak pakar datang untuk memeriksanya," katanya. 



Muntah paus atau ambergris ialah sejenis pepejal kekelabuan yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma. Pepejal ini pada awalnya berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi.


Ia lazim digunakan dalam minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang boleh mengekalkan haruman dihasilkan pada tempoh yang sangat lama.


Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram