Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Baik aku berak dalam seluar je' - Lelaki bengang gaji dipotong kerana terlalu banyak habiskan masa dalam tandas

0


Seorang lelaki di Taiwan mencetuskan kontroversi di media sosial selepas memuat naik status yang memaklumkan gajinya telah dipotong kerana terlalu banyak menghabiskan masa kerja di tandas. 


Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mr A. meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook di mana gajinya bagi bulan Mac 2021 dipotong oleh majikan. 


Bagaimanapun, dia mengaku telah menghabiskan masa lebih kurang 49.5 jam di tandas dan secara purata, dua jam sehari. 


Namun, Mr A. menyalahkan majikannya kerana tidak memaklumkan bahawa gaji pekerja boleh dipotong sekiranya berbuat demikian. 


Merasakan dirinya dianiaya, Mr A berkongsi mengenai perkara itu di media sosial dan meminta pandangan dari netizen sama ada dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan, atau sebaliknya. 


Difahamkan, Mr A. bekerja selama 22 hari pada bulan Mac 2021, dengan jumlah 195 jam dan gaji 160 yuan (RM101). Apabila tiba hari pembayaran gaji, Mr A mendapati wang sebanyak 4,400 yuan (RM4,500). Enggan berdiam diri, Mr A pergi berjumpa dengan pihak sumber manusia. 


Pihak sumber berkata, berdasarkan semakan video rakaman litar tertutup, Mr A menghabiskan banyak masa di tandas selama 50 jam bagi bulan lepas. Sedangkan pihak majikan hnaya membenarkan pekerjanya pergi ke tandas selama satu jam sahaja. Disebabkan itu, gajinya telah dipotong berdasarkan jumlah masa yang dibazirkan dalam tandas, iaitu 27.5 jam. 


"Okay, saya mengaku berada di tandas untuk tempoh yang agak lama. Tetapi wajar ke potong gaji saya?" katanya yang juga memaklumkan dia diugut buang kerja oleh majikan sekiranya masih mempertikaikan hal itu. 


Mr A juga nekad membuat aduan kepada biro tenaga buruh. Ibu bapanya menasihatkan untuk tidak terburu-buru mengambil keputusan dan buang rasa ego serta teruskan bekerja. 


"Kalau saya tak boleh habiskan masa di tandas, saya berak saja dalam seluar dan biar satu office ini berbau. Menyampah saya dengan hal-hal remeh macam ni," katanya. 


Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang kata mereka memahami keputusan pihak majikan kerana 50 jam waktu kerja dihabiskan di tandas adalah keterlaluan. Tetapi ada juga segelintir yang meminta Mr A. melaporkan majikannya kepada pihak berkuasa. 


"Company takde duit nak bayar kau just untuk lepak dalam toilet. Company mana yang upah orang untuk duduk dalam toilet dua jam setiap hari?" kata netizen.


"Kau kerja 8 jam sehari, 22 hari sebulan. Maknanya kau habiskan masa selama 6 hari dalam toilet, memang patutlah gaji kau kena potong," tambah netizen.


Sumber: Oddity Central

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram