Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Bodoh punya makhluk asing!' - Gagal merogol wanita warga emas, suspek hanya buang air m**i atas tilam & samun RM500

0


Seorang wanita warga emas nyaris dirogol lelaki warga asing yang memecah masuk rumahnya, semalam, Selasa, 26 April 2021 dalam kejadian di Taman Skudai. 


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, jam 3.30 pagi, mangsa berusia 65 tahun tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi orang membuka tingkap biliknya. 


Menurut suri rumah berkenaan, suspek adalah lelaki warga asing berkulit gelap, tidak berpakaian dan hanya memakai seluar dalam. Suspek berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi. 


Suspek kemudian mengarahkan mangsa mendiamkan diri dan menanggalkan pakaian kerana suspek mahu merogolnya. Mangsa yang takut dan bimbang diapa-apakan terpaksa akur.


Suspek cuba merogol mangsa, tetapi gagal berbuat demikian. Suspek hanya mengeluarkan air mani di atas tilam mangsa. 


Selain itu, suspek dikatakan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500, sebelum keluar dari bilik itu.


Berdasarkan maklumat dan risikan yang diperolehi, polis menahan seorang suspek lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun dan dua lelaki warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun pada jam 2.30 petang, Selasa. 


Dua suspek warga Myanmar itu ditahan kerana cuba melarikan diri dan dipercayai bersubahat dengan suspek utama untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. 


Turut dirampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu seperti sebatang besi, besi pengumpil, sehelai boxer kelabu dan sebuah telefon bimbit. 


Semua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk mendapatkan permohonan tahanan reman. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. 


Sumber: Kenyataan Media IPD Iskandar Puteri

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram