Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dera anak untuk paksa isteri pulang ke rumah' - Suspek telah ditahan polis

0


Lelaki yang mendera dua anaknya seperti yang dalam video viral di media sosial baru-baru ini, telah ditahan polis pada jam 7 pagi hari ini. 


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawwau dan BSJ IPD Semporna. 


Siasatan awal mendapati, suspek nekad mendera dan mengugut bunuh dua anaknya yang berumur dua dan lima tahun itu untuk mengugut isterinya agar pulang ke rumah mereka. 


Turut dirampas, telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk membuat rakaman video tersebut dan sebilah pisau berukuran 31 sentimeter. 


Sementara itu, dua kanak-kanak berkenaan telah diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 


Suspek direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram