Slider

'Dia berlari ke tengah jalan' - Budak 3 tahun maut dirempuh kereta


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut dirempuh kereta selepas dalam kejadian pada jam 8.30 malam Ahad, 11 April 2021, di Jalan Kampung Wa, Jerangau, Terengganu. 


Mangsa, Mu'Tahal Assalami, anak bongsu dari enam beradik itu cedera parah di bahagian kepala dan badan, maut serta-merta di tempat kejadian. 


Bapa mangsa, Assalami, 61, berkata, sebelum kejadian itu dia bersama isteri dan enam anaknya pergi ke sebuah restoran untuk makan malam. 


Assalami yang ketika itu sedang memegang tangan Mu'Tahal sambil menulis nama dan memeriksa suhu badan di restoran itu, secara tiba-tiba tangan mangsa terlucut dari pegangannya. 


"Dia berlari ke tengah jalan dan saya cuba mengejarnya tetapi gagal. Dia dilanggar kereta sebelum tercampak kira-kira 20 meter," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu kereta berusia 25 tahun itu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa. 


Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dikembalikan kepada keluarganya. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo