Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dia (pemandu Swift) masuk kedai & pukul muka adik guna helmet' - Kakak mangsa

0


Kemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah petang semalam berpunca dari pemandu Suzuki Swift merempuh tiga buah kenderaan lain sehingga maut mengundang persoalan netizen apabila ada seorang wanita tampil memaklumkan adiknya dipukul oleh pemandu berkenaan. 


"Be strong Iznur Hakim Mohd Nor, semoga cepat baik. Awat dia (pemandu Swift) pukul Hakim, time Hakim tidur. Padahal tak kenal pun. 


"Kesian Hakim baru nak tidur selepas pulang dari sekolah. Depa kata, dia (pemandu Swift) ada masalah mental. Hakim kena pukul dengan helmet di bahagian muka. Memang teruk kena, bengkak semua. 


"Dah pukul orang tanpa sebarang sebab, kemudian lari dan habis semua orang dilanggar," tulis kakak mangsa, Izzaty Haswaniey di Facebooknya semalam. 


Difahamkan, mangsa tidur di dalam kedai dan apabila pemandu Swift masuk, dia terus memukul mangsa menggunakan helmet di bahagian muka tanpa sebarang motif. 


"Sebelum kemalangan ni, dia (adik) kena pukul dengan pemandu kereta merah itu. Adik tidur dalam kedai, pemandu kereta merah itu masuk dan pukul adik guna helmet. 


"Teruk sangat muka adik Wani. Tak tahu apa motif dia pukul semua tu. Sekarang kami di hospital, sedang menunggu doktor pakar beri keterangan sebab kecederaan melibatkan bahagian mata dia," tulisnya. 



Dalam Kejadian jam 2.50 petang Khamis, pemandu Swift dikatakan memandu dengan laju sehingga hilang kawalan lalu merempuh Perodua Myvi dan Toyota Vios serta sebuah motosikal.


Pemandu Swift dilaporkan meninggla dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang. 


Dalam pada itu juga, seorang lelaki yang membuat rakaman video di lokasi kejadian bersama dengan seorang lagi lelaki didapati menuduh pemandu Perodua Myvi yang menjadi punca kemalangan itu. 


Lelaki 1: "Gilo, mabuk ka apa? Hang mabuk ka?" 


Perakam: "Langgar lampu isyarat ka apa?" 


Mangsa: "Takda! Takda! Takda!" 


Lelaki 1: "Hang tengok apa jadi semua!"


Mangsa: "Takda! Takda! Bukan! Bukan! Saya berhenti di sini..." katanya yang masih dalam keadaan keliru setelah dirempuh Suzuki Swift.


Lelaki 2 (Baju biru): "Kenapa ni?


Perakam: "Dia langgar lampu isyarat! 


Lelaki 2 (Baju biru): "Owhhhh!"


Perakam: "You Berhenti apa? Lampu sudah merah! Jaga eh, semua sudah rakam. Standby! Tepi-tepi ini semua ada, jaga eh! Hang tengok apa jadi semua, eiii! Nasib baik tadi. Langgar lampu isyarat, habis semua orang jadi mangsa. 


Lelaki 1: "Bang! Bang! Tahan sat! kena pegang! Kena pegang!" 



Fitnah yang dilemparkan oleh dua lelaki itu membuatkan netizen bengang, malah mengecam tindakan dua lelaki terbabit cuba menjadi hero yang tak diundang. 


"Amboi konon nak jadi hero la tu. Sampai-sampai lokasi siap main tuduh je. Kesian uncle tu dok pening lagi. Bang moto, baik hang pi minta maaf balik dengan uncle tu," kata netizen.


Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menjadi 'palatao' apabila berada di lokasi kemalangan. Sebaik-baiknya dapatkan maklumat yang tepat sebelum menyebarkannya di media sosial. Tindakan menyebarkan fitnah boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang.


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram