Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ekoran instafamous, selebriti salahguna kebenaran rentas negeri, pemohon wajib kemukakan bukti aktiviti setiap hari selepas ini - Polis

0


Susulan tindakan tidak bertanggungjawab golongan selebriti, instafamous dan malaun-walaun yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri semakin kerap berlaku, polis telah mengeluarkan peraturan baru bagi mereka yang memohon kebenaran merentas negeri. 


Berdasarkan gambar notis di sebuah balai polis yang tersebar di media sosial baru-baru ini, pemohon perlu menunjukkan bukti aktiviti setiap hari, selain menyertakan dokumen-dokumen lain seperti kad pengenalan dan dokumen sokongan. 


"Ekoran isu instafamous, selebriti dan artis yang salahguna kebenaran merentas yang diberi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemohon wajib menunjukkan bukti aktiviti setiap hari dalam permohonan. 


"Sebagai contoh, jika tiga hari, nyatakan aktiviti dalam tiga hari tersebut," kata kenyataan dari notis itu. 


"Permohonan hanya membawa salinan kad pengenalan sahaja semata-mata tidak dibenarkan, wajib mempunyai dokumen sokongan," kata kenyataan itu lagi. 


Sementara itu, pegawai polis yang bertugas diarahkan perlu lebih teliti semasa mengeluarkan borang rentas negeri.



Sejak kerajaan mula melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menetapkan perjalanan merentas negeri memerlukan kebenaran dari pihak berkuasa, ramai yang mula mengambil kesempatan untuk merentas negeri dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.


Terutamanya di kalangan individu popular, instafamous, selebriti, orang ternama dan yang sewaktu dengannya dalam kategori 'orang kayangan' yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram