Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Haaa kena! Kena tangkap daa...' - Rider Grab Food & Pemilik Restoran bergaduh, ditahan polis

0


Dua lelaki yang bergaduh di depan sebuah restoran di Ipoh dalam video viral baru-baru ini telah ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu. 


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi di antara pemilik restoran dan pelanggan (rider Grab Food) berkaitan isu pembayaran makanan. 


BACA: (Video) 'Dia pukul saya, apa you orang tengok saja ka?!' - Rider Grab Food dipukul peniaga restoran


Kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan 427 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. 


Dalam masa yang sama, polis juga sedang giat mengesan pengguna Twitter bernama 'v 3 3 r u' @Veeruuuuuuuu yang memuat naik kenyataan di Twitter kononnya tiga anggota berseragam di lokasi kejadian adalah anggota polis dan tidak membantu meleraikan pergaduhan itu. 


Sebaliknya, individu-individu berkenaan adalah anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan yang seragamnya kelihatan seperti anggota PDRM. 


Satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan fitnah pengguna Twitter berkenaan di IPD Ipoh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


Polis menasihatkan orang awam tidak sewenang-wenangnya memuat naik komen yang tidak benar dan tidak bertanggungjawab di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram