Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Hanya disebabkan adik tak jawab 2 soalan terakhir, cikgu terus hukum adik camni' - Ibu mangsa terkilan anaknya dipukul dengan pembaris kayu sehingga menyebabkan kecederaan

0


Viral di media sosial semalam status Facebook seorang ibu yang mendakwa anaknya dipukul oleh guru di sekolah hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. 


Ekoran kejadian yang meninggalkan kesan trauma dan lebam yang ketara di tangan dan wajah anaknya, ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar pada hari yang sama. 


Hari ini, ibu mangsa tampil mendedahkan dengan terperinci mengenai kejadian yang menimpa anaknya dan dalam masa yang sama memohon kepada netizen usah mengambil kesempatan untuk mengecam warga pendidik yang lain, yang tidak berkaitan dengan kes ini.


BACA: 'CIKGU TIBAI DANISH HANYA SEBAB TAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH' - TANGAN MURID BERBIRAT, IBU DAKWA ANAKNYA DIPUKUL CIKGU MENGGUNAKAN PEMBARIS KAYU SEHINGGA PECAH BERDERAI


SAHUR, mama perhati je Danish makan sahur. Air mata mama laju keluar meleleh di pipi. Mama biar Danish menahan sakit seorang diri dari jam 11.30 pagi (waktu kejadian) hingga 1.30 petang, waktu mama pergi jemput balik dari sekolah.  


Mama rasa terkilan sebab terfikir, Ya Allah dik, adik tahan sakit sungguh walaupun kena tibai dengan teruk sehingga pembaris besar itu hancur. Lengan adik berbirat-birat sampai bengkak dan lebam. 


Serpihan pembaris juga terkena di dahi dan muka. Luka berdarah di jari disebabkan adik menepis pukulan bertubi-tubi dari cikgu, dan adik tak menjerit walaupun sakit. Malah, adik takut nak beritahu mama, takut mama marah adik lagi. Sepatah pun adik tak kata awak kena tibai.


MANGSA DIAM, ENGGAN CERITA KERANA TAKUT DIMARAHI IBUNYA


Mama tahu pun sebab selepas adik masuk dalam kereta, mama tanya soalan sekolah hari ini okay ke dan bila toleh ke belakang, muka Danish bercalar membuatkan mama tertanya-tanya apa yang berlaku pada muka adik, bergaduh ke? Main apa sampai jadi macam tu? Tapi adik diam saja, adik tak berani cerita apa pun. Adik tak beritahu yang adik dipukul oleh cikgu. 


Sehinggalah Abang Ammar yang buka mulut beritahu cikgu tibai adik sebab tak siapkan kerja sekolah. Mama buka baju sekolah adik dan tengok di bahagian tangan ada bengkak dan kesan birat-birat. 


Mama tanya adik buat salah apa sampai cikgu buat adik macam ni ? Adik beritahu adik tak siapkan kerja sekolah yang diberi. Mama terus tutup enjin kereta dan bawa pergi berjumpa dengan tuan pengetua. Apa teruk sangat sampai jadi begini. Masa itu, mama dah lembik, tangan dan kaki bergetar.


TAK TAHU NAK JAWAB DUA SOALAN TERAKHIR


Pak Guard sekolah tanya nak pergi mana, mam jawab nak jumpa tuan pengetua sebab anak saya dipukul dengan teruk oleh cikgu. Mama tunjuk kesan pukulan itu kepada Pak Guard. Pak Guard kata, "Tudiaa ni bukan dah tibai ni dia bubuh hawing lepas geram sungguh".


Adik mula menangis bila tengok mama menangis bila berjumpa dengan pengetua, cikgu disiplin, cikgu kaunseling untuk memaklumkan kes ini. Mama menangis sebab tergamak cikgu itu pukul adik teruk macam ni disebabkan kesalahan kecil di mana adik tak tak siapkan dua soalan dari empat soalan yang cikgu Bahasa English berikan. 


Adik bangun dari kerusi dan pergi bertanya dengan kawan yang lain untuk menjawab dua soalan terakhir yang adik tak tahu nak jawab. Cikgu adik terus hukum adik macam ni sekali. 


Bagi saya sebagai ibu, tak salah kalau cikgu nak mendidik anak saya dengan rotan sebab saya pun menggunakan rotan bila anak buat salah. Saya bukan memanjakan anak-anak. Disebabkan itu Danish ada rasa takut nak beritahu saya yang dia kena pukul. Dia hanya beritahu Abang Ammar sahaja.


Tapi bila saya tengok kesan bengkak, lebam itu, Ya Allah, saya lembik, tangan dan kaki bergetar sampai macam ni sekali. 


JANGAN AMBIL KESEMPATAN KECAM GOLONGAN GURU


Saya minta maaf kerana disebabkan perkara ini ada netizen yang kecam mengecam antara satu sama lain. Yang berhati ibu, mereka faham dengan apa yang saya rasa sebab ada yang pernah melaluinya. 


Cikgu tak bersalah kalau nak merotan anak sebab nak bagi hukuman bagi tujuan mendidik. Tetapi ini dah tahap melampau teruk. Saya sendiri tak boleh menerimanya. Salah anak saya ini sampai tahap mana sehingga cikgu boleh menghentam dia seteruk ini? 


Saya berharap netizen berhenti mengecam golongan cikgu. Hanya disebabkan kelakuan tidak bermoral seorang guru, habis imej guru-guru yang lain tercalar. 


Saya minta maaf sekali lagi, polis sudah mengambil tindakan dan sedang menyiasat kes ini. Biarlah undang-undang yang menentukan. Bukan kita nak menghukum orang. Kita ada undang-undang. 



Sumber: Puan Eda Ni

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram