Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kami cuba batalkan tapi pihak terbabit enggan kembalikan wang' - Instafamous & suami dipenjara sehari, denda RM2,500 kerana salahguna kebenaran rentas negeri

0


Padah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri dengan memberikan maklumat palsu semata-mata untuk berbulan madu, Instafamous dan suaminya masing-masing dikenakan denda RM2,500 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. 


Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 


BACA: 'Instafamous selamba upload gambar pergi honeymoon' - Netizen tak puas hati, Polis panggil pasangan Instafamous untuk diambil keterangan


Wong berkata, perbuatan pasangan itu tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat di rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dalam tempoh PKP. 


Tambahnya, tempahan penginapan tidak dapat dibatalkan, tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk pasangan itu merentas negeri. 


Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu melakukan kesalahan dengan memberi maklumat palsu di Balai Polis Wangsa Maju pada jam 2 petamg, 15 Mac 2021, ketika memohon kebenaran rentas negeri bagi kawasan PKPB untuk ke Johor. 


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Jika disabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. 


Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan mereka memberikan kesan kepada masyarakat. 


BACA: Instafamous bakal berdepan kompaun RM10,000 kerana beri keterangan mencurigakan mengenai alasan rentas negeri untuk honeymoon


"Seperti dilihat dalam instastory, ada kata pujuk polis untuk rentas negeri. Ini memberi kesan kepada orang lain. Sepatutnya kebenaran rentas negeri bukan untuk tujuan lain.


"Dengan hukuman penjara, kita harap OKT dan individu lain tidak mengulangi perkara sama," katanya. 


Iram Naz bagaimana merayu agar mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara kerana dia merupakan wakil tunggal yang menyara keluarganya, selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. 


Difahamkan, mereka membuat tempahan hotel itu pada 26 Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan, namun terpaksa ditundakan beberapa kali kerana pelaksanaan PKP. Cubaan untuk membuat pembatalan dan menuntut semula wang tempahan dikembalikan juga gagal menyebabkan mereka meneruskan saja hasrat tersebut pada 17 Mac 2021. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram