Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kerap dituduh curang tanpa alibi, isteri cakar & tendang muka suami

0


Tak puas hati dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkan si isteri mencakar dan menendang muka suaminya dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 pagi, Khamis, 1 April 2021 di kediaman mereka di Telok Ayer Tawar. 


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pasangan berusia 30-an itu berselisihan faham dan si isteri berang kerana seringkali dituduh curang oleh suaminya. 


"Pada mulanya, wanita itu memarahi suaminya kerana tidak membawa anak tirinya pergi memotong rambut sebelum wanita itu menerima panggilan video daripada seorang lelaki iaitu rakan sekerjanya. 


"Lelaki itu mengesyaki bahawa isterinya ada hubungan dengan lelaki lain, tetapi tiada apa-apa bukti dan mereka kerap bergaduh apabila suami kerap mengajukan soalan sama. 


"Akibat daripada soalan yang ditanya, isteri berkenaan menendang muka suami dan mencakar badannya," katanya.



Wanita itu mendakwa, suaminya selalu membuat provokasi dengan tuduhan dia kononnya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Sedangkan si isteri tidak berbuat demikian.


Kedua-dua mereka kemudian membuat laporan polis untuk rujukan pihak mahkamah syariah bagi tindakan selanjutnya. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram