Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kompaun dikeluarkan agar jadi iktibar kepada masjid lain' - Masjid Sri Maulana dikompaun RM10K kerana tidak sediakan Kod QR MySejahtera & buku pendaftaran pelanggan

0


Kelmarin, 20 April 2021, Masjid Sri Maulana di Taman Sri Maulana, Pekan, dikenakan kompaun RM10,000 oleh Pejabat Kesihatan Daerah kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan. 


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, kompaun itu dikeluarkan ekoran masjid tersebut didapati tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP). 


"Kompaun dikeluarkan supaya ia menjadi iktibar kepada masjid lain, malah pihak Masjid Sri Maulana sudah membuat bayaran kompaun itu dengan pengurangan 50 peratus," katanya memetik laporan dari Utusan Malaysia, Selasa, Rabu, 21 April 2021. 


Terdahulu notis kompaun tersebut viral di media sosial sehingga mengundang rasa tidak puas hati netizen. 


Bagaimanapun, berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik netizen menunjukkan, masjid tersebut ada menyediakan buku pendaftaran pelanggan. 


Seorang individu lain bernama Muhammad Iqmal Hayyan, juga menunjukkan bukti bahawa Masjid Sri Maulana sememangnya menyediakan kod QR MySejahtera. 


"Ini yang datang buat pemeriksaan tidak memaklumkan kepada AJK masjid. Terus keluarkan saman, sedangkan masjid ini ada kod QR.


"Ini sebagai bukti, tarikh yang berbeza, dalam Kod QR ini bertarikh 17 April 2021. Saman dikeluarkan pula pada 20 April 2021. Nampak sangat kerajaan tidak berhubung dengan AJK masjid," katanya. 



Sumber: Utusan Online, Netizen

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram