Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Pengasuh cuai sebabkan badan bayi berusia 26 hari melecur, tawar pampasan RM45,000 tapi liat nak bayar & kini bakal disaman

0


Seorang bayi berusia 26 hari melecur pada tahap kedua di bahagian belakang badannya disebabkan kecuaian pengasuh di sebuah pusat penjagaan bayi dan ibu berpantang di Jalan Sutera, Taman Sentosa, Johor Bahru. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Oktober 2020 ketika Tan Xin Ping, 25, mengambil pakej berpantang (RM7,733) di pusat tersebut selepas melahirkan anak sulungnya pada 26 Oktober 2020. 


"Pada hari ke-26, saya berada di bilik dan tiba-tiba seorang pengasuh datang memaklumkan anak saya melecur di bahagian belakang badan. 


"Bila saya tanya, dia cakap tak tahu. Saya terus menghubungi suami dan membawa anak ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. 


Hospital kemudian memaklumkan anaknya melecur akibat terkena air panas dan menyarankan pasangan itu membuat laporan polis.


Pasangan berkenaan akur dan membuat laporan polis di Balai Polis Larkin pada jam 8.57 malam, pada hari kejadian, 21 November 2020. 


Xin Ping juga mendesak pengasuh menceritakan apa sebenarnya yang telah menimpa anaknya dan akhirnya memaklumkan mangsa sebenarnya terkena air panas ketika mereka mahu memandikannya. 


"Saya terkejut dan kecewa, selepas dua jam anak saya terkena air panas, baru mereka beritahu. Masa itu, bayi saya dah menangis tanpa suara," katanya. 


Pihak pengurusan pusat jagaan kemudian mengakui kesilapan mereka dan menawarkan bayaran pampasan sebanyak RM45,000 yang akan dibayar secara ansuran selama setahun. Mereka turut berjanji akan membayar balik caj pakej berpantang termasuk bil hospital sebanyak RM4,000. 


"Mereka ajak berbincang untuk settle tepi untuk tidak memanjangkan kes. Kami bersetuju dengan cadangan mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM3,000 sebulan selama setahun. 


"Tetapi kami hanya terima bayaran untuk sebulan dan refund serta bil hospital sebanyak RM14,733. sahaja," katanya. 


Kesal dengan alasan demi alasan yang diberikan oleh pusat jagaan itu yang dilihat mahu mengelak dari menunaikan janji mereka termasuk perjanjian bertulis, Xin Ping dan suaminya kini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat jagaan itu. 


Sumber: Kosmo Online


3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram