Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya kan tak ada keluarga' - Warga emas berusia 58 tahun menikah dengan gadis berusia 19 tahun

0


Pernikahan dengan perbezaan usia yang jauh terjadi lagi di Indonesia di mana seorang lelaki bernama Bora, 58, menikah seorang gadis berusia 19 tahun bernama Ira Fazillah. 


Menurut Ketua Kampung Dusun Cippaga di Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, tiada unsur paksaan dalam pernikahan pasangan itu. Walaupun berbeza usia 39 tahun, Ira mengaku dia juga suka kepada Bora. 


Bora menyunting Ira dengan tanah satu hektar dan wang tunai Rp10 juta (RM2,830).


Bora mengaku dia menikahi Ira bukan kerana nafsu, tetapi supaya ada yang menjaga dan merawat dirinya yang sudah lanjut usia. 


"Saya kan tak ada keluarga, siapa yang nak merawat saya nanti?" katanya. 


Tetapi sebelum menikahi ira, Bora dikatakan cuba melamar ibu kepada Ira yang berusia 50 tahun. Tetapi ibu Ira menolak lamaran itu dan menawarkan anak sulungnya, Ira, untuk menggantikan tempatnya. 


Sementara itu, Ira pula mengakui dia menerima lamaran itu kerana Bora sudah tua dan tinggal bersendirian di rumah. Disebabkan itu juga, dia mahu menjaga dan merawat Bora sehingga akhir hayatnya.


Memandangkan lamaran itu diterima, Bora dan Ira kemudian menikah pada Rabu, 7 April 2021 dengan adat istiadat Bugis.


Sumber: Kompas, Indo Zone, Harian Metro 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram