Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tolong abang jangan potong, kaki/tangan saya boleh potong' - Rayu mangsa sebelum kemaluannya dipotong & dicampak entah ke mana

0


Seorang lelaki warga asing hilang kemaluan akibat dipotong sekumpulan lelaki dalam kejadian yang berlaku di Klang, Selangor. 


Menurut saksi yang juga rakan kepada mangsa, Rizwan Ahmad (warga Pakistan) berkata, mereka telah membuat laporan polis pada hari yang sama, 6 April 2021. 


Menceritakan semula mengenai kejadian itu, Rizwan menjelaskan, mangsa berusia 32 tahun (pemegang kad UNHCR) itu duduk berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian pada malam Ahad dan didatangi empat lelaki yang tidak dikenali. 


Kumpulan itu kemudian mengajukan beberapa soalan seperti adakah dia (mangsa) sudha berkahwin, pasangannya dan sama ada mangsa pernah melakukan hubungan seks ketika di Malaysia. 


Mangsa menjawab dia telah berkahwin dengan pasangannya di Pakistan dan tidak pernah melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.


Salah seornag suspek kemudian menyuruh mangsa membuka baju dan seluar serta disuruh melakukan ketuk ketampil sebanyak 10 kali. 


Selesai berbuat demikian, mangsa memakai kembali seluarnya. Kemudian suspek (India) bertanya mengapa dia memakai semula seluarnya sedangkan dia tidak mengarahkannya memakai seluar. Suspek juga bertanya kenapa kemaluan mangsa tidak menegang.


Suspek yang menganggap kemaluan mangsa tidak boleh menegang lalu menyatakan hasrat untuk memotong kemaluan mangsa. Mangsa merayu agar suspek tidak mengapa-apakannya. 


"Dia (mangsa) cakap jangan potong. Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong," kata Rizman. 


Malangnya rayuan mangsa tidak diendahkan dan suspek meneruskan niatnya lalu memotong kemaluan mangsa sebelum dicampak ke tempat lain sebelum melarikan diri. 


Ditanya mengapa mangsa tidak melarikan diri, Rizman berkata rakannya telah ditahan oleh suspek dengan lengannya dicengkam diri dan kanan. 


Mangsa sempat menghubungi salah seorang rakannya untuk meminta bantuan sebelum pengsan akibat menahan kesakitan yang tak tertanggung.. 


Sebelum itu, mangsa terpaksa berusaha mendapatkan semula telefon bimbitnya yang telah dicampak suspek ke kawasan berdekatan.


Berpandukan lokasi yang dikongsikan mangsa, rakannya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di tempat kejadian. 


Sehingga kini, kemaluan mangsa tidak dapat ditemui walaupun ramai yang tampil membantu mencari termasuk anggota polis. 


Rizman yakin, mangsa adalah seorang yang baik hati dan tidak bermusuhan dengan sesiapa. Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). 


Keluarga mangsa belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram