Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Kalau dia mati, awak cari saya eh? Bodohlah!' - Yusuf Azmi dibodohkan oleh Ah Long dan akibatnya...

0


Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi, yang juga bekas Ketua Pengarah Unit Tindakan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini turun padang untuk membantu seorang individu yang meminjam wang daripada Ah Long. 


Menurut sumber, lelaki itu telah membuat pinjaman sebanyak RM300,000. Walaupun jumlah tersebut telah dibayar, mangsa mendakwa Ah Long terbabit masih menuntut bayaran. 


Mangsa dipercayai akur dengan tuntutan itu dan telah membayar hampir RM1.5 juta, sedangkan dia hanya meminjam RM300,000 sahaja. Sehingga ke hari ini, Ah Long itu menuntut baki bayaran sebanyak RM400,000. 


Tidak tahan dengan tuntutan yang tidak berasas itu, mangsa meminta bantuan Yusuf Azmi yang kemudian mengadakan pertemuan dengan Ah Long berkenaan di sebuah restoran. 


Yusuf Azmi menjelaskan, pertemuan itu bukan bertujuan menyerang Ah Long berkenaan, sebalik berbincang dan mencari jalan penyelesaian bersama. Malangnya, Ah Long terbabit tiba-tiba melenting dan mula meninggikan suaranya. 


Azmi: "Saya bukan serang awak sekarang. Dia (mangsa) pinjam dengan awak RM300,000. Sekarang berapa lagi awak minta dari dia?" 


Ah Long: "RM410,000." 


Yusuf Azmi: "Kalau dia sudah bayar awak RM1,065,000, campur dengan RM410,000, dah jadi RM1,475,000. Kalau ikutkan, dua tahun. 400 peratus awak ambil."


Ah Long kemudian memberi penjelasannya sendiri, tetapi Yusuf Azmi tidak dapat menerima alasan yang dianggapnya tidak munasabah itu. 


Yusuf Azmi: "Biasa Ah Long paling banyak ambil pun 40 peratus, 30 peratus. Tapi awak dah ambil sampai 400 peratus. Macam mana awak kira? Macam ni, dia pun tengah susah. Dia berniaga pun bukan kecil..."


Ah Long: "Dia berniaga kecil atau besar, dia berhutang dengan saya."


Yusuf Azmi: "Kita bukan tak nak bagi muka. Kita faham awak semua cari makan. Tapi sekarang, banyak sangat awak ambil brader."


Ah Long: "Kita nak balik modal maa..." 


Yusuf Azmi: "Takkan awak tak boleh tolong dia?"


Ah Long: "Saya dah tolong dia lah."


Yusuf Azmi: "Awak tolong? Lagi mintak RM400,000? Macam ni, orang tengah susah, kita nak tolong dia. Sekarang ni kalau awak tengok, sama-sama bangsa pun awak nak berkira?" 


Ah Long: "Okay, berapa awak nak bayar balik, awak cakap? Free ah?"


Kata-kata Ah Long itu mencetuskan sedikit ketegangan di antara mereka. Yusuf Azmi sekali lagi menjelaskan kepadanya bahawa mereka mahu berbincang, bukannya mahu berperang. Tujuan perjumpaan untuk mencari jalan penyelesaian yang adil bagi kedua-dua pihak. 


Ah Long itu bertenang seketika dan meminta Yusuf Azmi menjelaskan apa yang ada di buah fikirannya. Bila ditanya apa tawaran yang boleh diberikan, Ah Long tetap bertegas mahu mangsa membayar baki pinjaman RM400,000. 


Ah Long: "Awak panggil siapa, saya tak kisah. Awak cakap apa, saya tak peduli." 


Yusuf Azmi: "Bang, kalau awak minta lagi RM410,000, awak sudah minta hampir RM1.6 juta tau. Kasihanlah pada dia, sebab dia kerja di pasar sekarang." 


Ah Long: "Okay, awak tak mahu bayar tak mengapa. Lamsam. Tak mengapa, dia tak payah bayar. Saya 'settle' dengan dia."


Ah Long kemudian bangun dan mahu beredar dari meja itu tetapi Yusuf Azmi meminta dia duduk semula dan berbincang dengan baik. Tetapi Ah Long itu tidak mahu berbincang lagi dan mahu menyelesaikan masalah itu secara peribadi dengan mangsa, mengundang persoalan Yusuf Azmi tentang apa yang dimaksudnya 'settle'. 


Ah Long: "Sorrylah, tak mengapalah. Tak payah bayarlah. Jadi ma, tak payah bayar. Dah selesai." 


Yusuf Azmi: "Betul ni? Eh dengar dulu saya nak cakap. Marilah cerita." 


Ah Long: "You want to take averything from me. I'm tired." 


Yusuf Azmi: "Nanti awak balik, awak tetap akan cari mereka (mangsa). Sekarang ni awak boleh tolong ke tak boleh tolong?" 


Ah Long: "Saya tak mahu. Saya dah tak mahu semua duit itu. Okay?"


Yusuf Azmi: "Apa janji awak tak kacau mereka lagi?"  


Ah Long: "Saya dah tiada (kacau mereka)." 


Yusuf Azmi: "Kalau apa-apa terjadi pada mereka, kita cari awak eh?" 


Ah Long: "Kalau dia mati, awak cari saya eh? Bodoh laa!" 


Yusuf Azmi: "Eh eh? Awak cakap apa? Awak cakap saya bodoh? Awak cakap bodoh pada siapa?" 


Soalan itu membuatkan Ah Long tercenggang seketika dan kemudian mengatakan dia menujukan perkataan bodoh itu kepada mangsa. Sedangkan sebelum itu jelas tangannya menunjuk kepada Yusuf Azmi. 


Kedua-dua mereka kemudian bertukar nombor telefon. Yusuf Azmi sekali lagi meminta kepastian bahawa Ah Long itu tidak akan mengapa-apakan mangsa dan Ah Long terbabit bersetuju tidak akan sesekali menyentuh mereka. 


Ah Long: "Saya cuma mahu wang saya balik sahaja. Kita keluarkan modal, mahu 'rolling; dan cari makan sahaja ma." 


Yusuf Azmi: "Tahu tak awak dah buat orang susah, tapi saya percaya awak boleh tolong."


Ah Long: "Okay, kita kawan. Nanti saya bincang dengan awak."



Di media sosial, ramai yang memuji usaha Yusuf Azmi dan pasukannya membantu menyelesaikan masalah peminjam tanpa mengira bangsa.


Orang ramai dinasihatkan tidak meminjam wang dengan Ah Long sekiranya tidak mahu berdepan dengan sebarang masalah yang boleh mengancam nyawa diri dan keluarga di kemudian hari. Sebaik-baiknya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lain, yang tidak mendatangkan kemudaratan. 


Sumber: YouTube Yusuf Azmi SemboyanTV

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram