Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'No plat jelas, tak lama lagi ke dalam' - Pemandu Honda City WXT 9505 langgar lari penunggang motosikal

0


Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan langgar lari di persimpangan lampu isyarat yang dipercayai berlaku di Selayang, Gombak, semalam. 


Video rakaman dashcam pemandu yang juga saksi menunjukkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.36 petang, viral di media sosial. 


Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, pemandu kereta Honda City (5th Gen) nombor pendaftaran WXT9505 berada di barisan paling hadapan (melebihi garisan yang sepatutnya berhenti) menunggu lampu isyarat bertukar hijau. 


Suspek yang dipercayai sudah terbiasa menggunakan laluan tersebut, kemudian meneruskan perjalanannya walaupu lampu isyarat masih berwarna merah.


Tindakannya itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang datang dari arah lorong kanan, tidak sempat, lalu dilanggar pemandu terbabit. Mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan motosikalnya juga didapati rosak. 


Apa yang menyakitkan hati ialah tindakan pemandu Honda WXT 9505 yang enggan memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa. Sebaliknya dia terus memecut meninggalkan mangsa. Beberapa penunggang motosikal yang lain ternampak kejadian itu segera datang membantu mangsa.  



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya sehingga kini belum menerima sebarang laporan polis dari mangsa mengenai kejadian itu. 


Walaupun begitu, pihaknya akan membuat siastan dan semakan sekiranya hal itu benar-benar berlku di  Selayang," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram