Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'P******! Mau main-main arhh?!' - 4 lelaki ditahan kerana pukul & samun pemandu Myvi

0


Viral di media sosial video sekumpulan lelaki menyerang pemandu dan merosakkan keretanya dalam kejadian yang berlau di tepi jalan raya. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4 petang Ahad, 18 April 2021 di Taman Sentosa. 


Shamsul Amar mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun telah ditahan di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan. 


Siasatan awal mendapati, mangsa bersama dengan sepupunya sebelum itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dan secara tiba-tiba kereta mereka dilanggar sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat suspek. 


Suspek kemudian menendang kereta, memecahkan cermin dan menarik mangsa keluar lalu dibelasah menggunakan kayu. Mangsa mendakwa, telefon bimbit milik sepupunya turut dirampas suspek. 




Empat suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan keputusan mendapati, kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram