Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Sakit dapat, malu pun dapat' - Pakar seni mempertahankan diri kantoi takde ilmu kebal

0


Pastinya ada yang pernah menonton video sekumpulan anak-anak muda cuba menyerang 'Tok Guru' mereka, tetapi kecundang meskipun pukulan belum menyentuh fizikal 'Tok Guru' itu. 


Video seperti itu dengan mudahnya viral di media sosial dengan tanggapan bahawa 'Tok Guru' berkenaan memiliki ilmu kebal yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, benarkah dakwaan itu atau sekadar 'wayang' untuk menghiasi dunia tipu-tipu? 


Dua hari yang lalu viral satu video di media sosial menunjukkan seorang 'pakar' seni mempertahankan diri melakukan demonstrasi ilmu kebalnya kepada pemuda yang membuat liputan mengenainya. 


Demonstrasi pertama menunjukkan, lelaki berbaju putih berusia lingkungan 30-an cuba menyerang pakar seni mempertahankan diri itu yang dianggarkan berusia 50-an tetapi gagal dan serta-merta dia terpelanting ke belakang lalu mengeras bagaikan batu. 


"Rapat! Ha ini baru sedikit je. Ini bukan rekayasa," kata lelaki tidak berambut itu. 


"Iya faham. Boleh saya cuba melakukannya juga ye?" tanya pemuda berbaju hitam. 


Percubaan pertama, anak muda itu berjaya menumbuk perut 'pakar' itu. Begitu juga dengan percubaan kedua dan ketiga, sekali gus menimbulkan persoalan, apa sebenarnya yang orang tua itu cuba buktikan selama ini? Menipu orang ramai untuk mendapatkan keuntungan?



Ramai netizen yang berpuas hati menonton video tersebut dan tergelak melihat pembohongan 'pakar' itu. 


"Dari dulu lagi aku memang tidak pernah percaya video-video ilmu kebal camni. Mantap anak muda!" kata netizen. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram