Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'3,000+ kes positif Covid-19 3 hari berturut-turut' - KKM cadang PKP dilaksanakan di Selangor, KL, Pulau Pinang, Johor, Kedah & Sarawak

0


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi bagi mengekang penularan wabak itu. 


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu dibuat kerana jumlah kes harian tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan, sementara kes baharu mencatatkan peningkatan lebih 3,000 kes bagi tiga hari berturut-turut. 


Beliau berkata, cadangan pelaksanaan semula PKP yang telah dikemukakan itu hanya menumpukan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak. 


"Kementerian Kesihatan telah menyarankan kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP setelah penilaian risiko menyeluruh dengan mengambil kira beberapa petunjuk utama. 


"Perkara ini sedang dibahaskan secara mendalam dan pengumuman mengenainya akan diumumkan segera," katanya hari ini. 


Beliau berkata, KKM tidak mahu mengenakan PKP secara menyeluruh tetapi ia perlu dilaksanakan juga kerana rekod kes jangkitan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan. 


Perincian mengenai SOP bagi negeri-negeri yang terlibat dengan PKP dan tempoh masanya akan diumumkan kelak. 


Selain itu, bazar Ramadan di negeri-negeri terbabit dengan PKP juga akan ditutup bagi mengelakkan penularan Covid-19. 


"Kami melihat mekanisme dan pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja dari rumah dan jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi," katanya. 


Sumber: New Straits Times

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram