Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Gagal curi wang untuk top up game online, remaja bakar rumah jirannya

0


Seorang remaja lelaki nekad membakar rumah jirannya dengan cara membakar tilam di bilik tidur, dalam kejadian yang berlaku pada malam 9 Mei 2021,  di Sidoarjo, Jawa Tengah, Indonesia.


Menurut sumber media tempatan, remaja terbabit memecah masuk ke rumah jirannya untuk mencuri wang. Suspek masuk ke dalam rumah itu dengan memanjat pagar rumah dan kebetulan pada ketika itu pemilik rumah tidak berada di tempat kejadian. 


Setelah berjaya masuk ke rumah tersebut, suspek gagal menemui sebarang wang untuk dicuri. Kesal dengan hal itu, suspek bertindak membakar tilam yang berada di bilik utama. Akibat dari perbuatannya, rumah mangsa mengalami kebakaran yang dahsyat sehingga merebak ke beberapa rumah jiran yang lain. 


Info di media sosial mendakwa, suspek memecah masuk ke rumah itu untuk mencuri wang untuk digunakannya membeli kredit dalam game online. Suspek juga dikatakan pernah melakukan perbuatan terkutuknya itu, termasuk membakar tilam di rumah mangsanya. Mujur pada waktu itu, mangsa menyedari tilamnya terbakar, lalu bergegas memadamkan api kebakaran dari terus merebak menjahanamkan rumahnya. 


Susulan dari kes terbaru itu, suspek telah ditahan polis tetapi enggan mengaku bertanggungjawab di atas perbuatan khianat tersebut. Malah bapanya juga bermati-matian menegaskan bahawa anaknya tidak bersalah. 


Setelah disoal siasat untuk tempoh yang lama, suspek yang tidak tahan dengan asakan demi asakan pihak polis, akhirnya mengaku bertanggungjawab di atas kejadian itu. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram