Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Ibu, nak sate...' - Budak 10 tahun maut selepas makan sate beracun yang dikirm wanita untuk bekas teman lelakinya

0


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Jogjakarta, Indonesia, maut selepas makan sate yang dibawa pulang oleh bapanya yang bekerja sebagai penunggang teksi motosikal, Ojek, setelah pelanggan yang sepatutnya menerima pesanan itu, menolak untuk menerimanya. 


Kronologi kejadian, 25 April 2021, pemandu Ojek, Bandiman, sebelum itu sedang beristirehat selepas menunaikan solat Asar, didatangi seorang wanita yang meminta dia menghantarkan bungkusan sate tanpa melalui aplikasi pesanan. Wanita itu juga memberi alamat penerimanya yang bernama Tomi.


"Beritahu saja, bungkusan ini dari Pak Hamid ye bang," kata wanita itu dan menyerahkan wang kos penghantaran RM8.50.


Tetapi ketika sampai di alamat yang diberikan, Tomi tiada di rumah. Dia kemudian menghubungi Tomi dan Tomi membertahu dia berada di luar kawasan telah meminta bungkusan itu diambil oleh isterinya yang berada di rumah.


Tetapi isteri Tomi tidak mahu menerima bungkusan itu kerana mereka tidak mengenali individu bernama Pak Hamid. Tomi kemudian menyuruh Bandiman mengambil saja pesanan itu untuk dimakan semasa berbuka puasa.



Selesai berkerja, Bandiman pulang ke rumah. Ketika waktu berbuka puasa, bungkusan sate itu dibuka untuk dimakan bersama keluarga. Mangsa, Naba Faiz Prasetya, teruja melihat hidangan sate meminta disuapkan sate ibunya. 


Beberapa minit selepas itu, Naba terjatuh tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan ibunya turut mengalami sesak nafas dan mengatakan sate tersebut berasa aneh, pahit dan membuatkan tekaknya kepanasan. Bandiman terus membawa anak dan isterinya ke hospital. Malangnya, Naba tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. 



Kes itu kemudian dilaporkan kepada polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan seorang wanita muda berusia 25 tahun. 


Siasatan awal mendapati, Nani Aprilliani Nurjaman, mengaku sengaja mengirimkan sate beracun itu kepada Tomi, lelaki yang seharusnya menjadi penerima sate tersebut, kerana sakit hati.


Difahamkan, Nani membeli racun tersebut (kalium sianida) secara online sejak sekian lama. Semakan di telefon bimbit suspek juga menemui gambar suspek memegang sate, dipercayai berkaitan dengan kes yang sama.


Nani dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Tomi dan dipendekkan cerita, Nani berasa sakit hati kerana Tomi bernikah dengan wanita lain, bukan dengan dirinya. 


Nani yang sudah terbukti bersalah di atas kematian Naba, kini bakal berdepan dengan dakwaan pembunuhan terancang dan jika sabit kesalahan, dia bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau mati. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram