Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Israel berhak mempertahankan dirinya sebab banyak roket masuk ke ruang udara negaranya' - Presiden Amerika Syarikat

0


Ketika pertempuran di antara Hamas dan Israel terus meningkat, para pemimpin politik Amerika Syarikat tampil mengutuk serangan dari kedua-dua belah pihak. 


Presiden Joe Biden berkata kepada media pada Rabu lalu, "Harapan saya adalah bahawa apa yang sedang berlaku boleh ditamatkan secepat mungkin, tetapi Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya apabila dia mempunyai ribuan roket yang memasuki ruang udara kawasannya".


White House juga mengeluarkan transkrip perbualan Biden dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di mana Biden mengutuk serangan roket yang dilancarkan Hamas dan kumpulan pengganas lain.


Selain itu, Biden juga menyatakan sokongan teguh untuk keamanan Israel dan Israel katanya mempunyai hak yang sah untuk mempertahankan diri dan rakyatnya sambil melindungi orang awam. 


Bagaimanapun, beberapa suara dalam parti Demokrat mengkritik Biden kerana gagal menyebut puluhan rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan udara Israel. 


Lapor Market Watch, ramai pemimpin Republikan telah menyatakan sokongan terhadap Israel. Antaranya, Kevin McCarthy yang menulis di tweet berkata, "Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dari keganasan, rentetan roket dari Hamas. Amerika Syarikat tegas berdiri dengan sekutu kami, Israel dan orang-orang Yahudi". 


Bekas Presiden Donald Trump juga mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu, "Amerika harus selalu berdiri bersama Israel dan rakyat Palestin harus mengakhiri keganasan dan serangan roket. Amerika Syarikat akan selalu menyokong Israel untuk mempertahankan haknya". 


Senator Lindsey Graham menulis, "Dalam pertarungan ini jelas, Israel adalah orang yang baik dan Hamas adalah yang buruk".


Sumber: Market Watch

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram