Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Isteri bawa 3 anak ziarah suami (polis) bertugas di SJR pada raya pertama, dikompaun RM2,000

0


Baru-baru ini viral di media sosial gambar seorang wanita bersama tiga anaknya menziarahi suaminya, anggota polis, sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama, mengundang pelbagai reaksi tidak puas hati netizen. 


Sehubungan itu, pihak Polis Putrajaya mengeluarkan kenyataan pada 14 Mei 2021 (Jumaat) yang menjelaskan bahawa kehadiran empat beranak itu adalah untuk memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan di samping menyerahkan juadah hari raya. 


"Selesai bersalaman, keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah. Pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak," kata Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali. 



Bagaimanapun sehari kemudian, Polis Putrajaya mengeluarkan kenyataan kedua yang memaklumkan, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati berlakunya pelanggaran SOP dan isteri kepada anggota berkenaan telah dikenakan kompaun RM2,000. 


"Siasatan lanjut telah dijalankan dan hasil siasatan mendapati anggota tersebut dan keluarganya tinggal di dalam daerah Putrajaya. 


"Isteri dan anak-anak anggota tersebut telah datang menaiki dua buah kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Hari Raya Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi Hari Raya tersebut. 


"Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua buah kenderaan berbeza.


"Walau bagaimanapun, pada 15 Mei 2021, satu kompaun telah dikeluarkan kepada isteri anggota tersebut kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarahi suami di Sekatan Jalan Raya. 


"Pada awalnya perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya. Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa," katanya. 



Sementara itu, tampil pula seorang ahli perniagaan di Kota Bharu yang menawarkan diri untuk membayar kompaun isteri anggota berkenaan. 


Datuk Sunny Ung berkata, dia menganggap apa yang dilakukan oleh wanita berkenaan bersama dengan tiga anaknya itu adalah satu pengorbanan. 


"Saya kasihan dan terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. Saya akui walaupun sedih, ia tetap menjadi kesalahan kerana melanggar SOP. Namun untuk kes berkenaan, budi bicara juga perlu kerana isteri dan anaknya membawa juadah raya dan ingin beraya dengan seorang ayah. 


"Wanita itu juga menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan menghantar juadah raya kepada suami yang terpaksa bertugas," katanya. 


Sumber: Bernama, Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram