Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kami tak boleh terima apa yang setan itu dah buat kat anak saya' - Bayi 9 bulan maut diliwat & dibunuh suami pengasuh

0


27 April 2021, seorang bayi lelaki berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas diliwat oleh suami pengasuhnya sehingga mengalami koyakan dan pendarahan di bahagian dubur. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku di sebuah unit blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai.


Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas setelah mulutnya ditekup oleh suspek, Mohamed Badruldin Mohamed, menggunakan tangan dan ketika kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. 


Semasa kejadian itu berlaku, isteri suspek sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan Mohamed Badruldin berada di dalam bilik bersama bayi berkenaan selama dua jam dengan pintu dikunci, sebelum menemui bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mohamed Badruldin kemudian membawa mangsa ke hospital dan mengaku sebagai pengasuh bayi berkenaan. 


Pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa yang dipercayai dimasukkan benda tumpul, selain kesan lebam di mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan. 


Pihak hospital kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Mohamed Badruldin dan isterinya. Pasangan yang masing-masing berusia 36 tahun itu disahkan positif dadah jenis syabu. 


Suspek lelaki disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala isterinya pula akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tertuduh, Mohamed Badruldin Mohamed, 36, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan meliwat mangsa dan hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan membunuh. 


Bagi pertuduhan pertama, Mohamed Badruldin didakwa membunuh bayi berkenaan antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021. Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh meliwat mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.


Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan pertama, tertuduh boleh dihukum mati mandatori, manakala pertuduhan kedua memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. 


Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 15 Jun untuk sebutan semula kes. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Sementara itu, ibu mangsa, Biey Adawiah meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya, Afiq dan menuntut pembunuh anaknya dijatuhkan hukuman mati. 


"Entah macam mana nak mula, entah bagaimana mahu cerita. Sungguh terkilan dengan apa yang terjadi. Kita tunggu polis siasat lagi, nyawa dibalas dengan nyawa. 


"Hati ibu mana yang boleh terima, kan? Hantar anak ke rumah pengasuh dalam keadaan yang sihat, balik tengok anak dah kaku. Rindu yang tiada penghujung. 


"Saya nak (menuntut) keadilan untuk anak syurga saya. Seluruh ahli keluarga kami tidak boleh terima apa yang setan itu dah buat kat anak saya. 


"Anak syurga ibu. Ini gambar tiga hari sebelum adik pergi. Manis leting adik senyum. Adik baru pandai lambai tangan, rupanya lambaian terakhir untuk kami. Hari ini hari lahir ibu sayang. Kita dah rancang nak sambut bersama-sama. Tetapi adik pergi dulu. Tak apa adik, ibu dah redha. Kita tunggu pengadilan untuk adik," tulisnya. 


Sumber: Bernama, Berita Harian, Facebook Biew Adawiah

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram