Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Mak ada kat dalam, dia dah mati' - Penganggur mengaku bunuh & kerat mayat ibunya untuk dimakan selama 2 minggu

0


Seorang lelaki didakwa telah membunuh ibunya sendiri sebelum mengerat mayat mangsa kepada  beberapa bahagian kecil untuk dimakan. 


Alberto Sanchez Gomez, 28, dilabelkan sebagai kanibal, selepas ditangkap di kediamannya di Madrid, di mana dia tinggal bersama ibunya, Maria Soledad Gomez. 


Rabu lalu, juri mendapati Alberto bersalah kerana mencekik mangsa berusia 68 tahun itu berkali-kali sehingga mati sebelum mengerat mayat mangsa untuk dijadikan sebagai santapannya selama dua minggu. 


Juri yang dibaris enam wanita dan tiga lelaki, menolak dakwaan Alberto kononnya dia mengalami episod psikotik ketika dia membunuh dan mengerat mayat ibunya. 


Pendakwa Raya negeri menuntut Mahkamah Wilayah Audiencia Madrid menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun 5 bulan terhadap tertuduh di atas jenayah yang dilakukan Alberto. 


Kematian mangsa terbongkar selepas rakannya membuat laporan polis kerana bimbang sudah sebulan tidak berjaya menghubungi mangsa. Bertindak di atas laporan itu, 12 Februari 2019, polis telah datang ke rumah dua beranak itu dan Alberto dengan selamba memberitahu polis, "Ya, ibu saya ada kat dalam, dia dah mati".


Alberto juga memberitahu polis yang menahannya bahawa dia telah makan mayat ibunya sedikit demi sedikit, bersama dengan anjing peliharaan. Detektif juga menemui sebahagian mayat mangsa di dalam bekas Tupperware, di dalam peti sejuk. Kepala, tangan dan jantung mangsa pula ditemui di atas katil. 


Media tempatan ketika itu melaporkan, mayat mangsa telah dikerat kepada lebih 1,000 bahagian kecil menggunakan gergaji kayu dan dua pisau dapur.  


Ketika perbicaraan di mahkamah, Alberto mengaku dia terdengar bisikan suara ketika menonton televisyen, di mana suara itu meminta dia membunuh ibunya. Suara yang didengarinya itu adalah suara jiran, kenalan dan selebriti. Namun dia menegaskan dia tidak dapat mengingati bila dan bagaimana dia membunuh ibunya sehingga sanggup dikeret dan dimakan selama dua minggu. 


Sewaktu perbicaraan terakhir pada Jumaat lalu, dia berkata, "Saya bertaubat, saya fikirkan tentang mak dan saya benar-benar menyesal".


Para juri dimaklumkan, Alberto kerap mengambil dadah dan alkhorol. Alberto pernah ditangkap sebanyak 12 kali kerana menganiaya ibunya. 


Salah seorang pegawai polis yang memberi keterangan semasa perbicaraan berkata, "Dia (tertuduh) memberitahu kami yang dia mencekik ibunya dari belakang. Dia juga mengatakan dia makan mayat ibunya, sama ada dimasak atau dimakan secara mentah. Sebahagiannya diberi kepada anjing peliharaannya," katanya. 


Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram