Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Malaysia, Indonesia & Brunei gesa komitmen antarabangsa terhadap penyelesaian 'dua negara' (Palestin & Israel)

0


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap 'penyelesaian dua negara' ke arah mewujudkan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.


Ketiga-tiga pemimpin yang mengutuk keras pencabulan dan keganasan berulang kali tentera Israel di Wilayah Palestin yang diduduki turut berkata, mereka sedia menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian aman, adil dan berkekalan di Timur Tengah.


“Kami meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatur sidang tergempar bagi menangani keganasan melampau dan mencari penyelesaian aman bersama dengan matlamat menamatkan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin," kata mereka.


Kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu dikeluarkan di Kuala Lumpur malam ini berikutan memuncaknya keganasan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.


Menerusi kenyataan bersama itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan mengenai perluasan penempatan haram dan tindakan merampas dan memusnahkan struktur milik Palestin di kawasan Tebing Barat yang diduduki termasuk di sekitar Baitulmaqdis Timur.


Mereka juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan oleh Israel selaku kuasa penakluk, menerusi tindakan tidak berperikemanusiaan, dasar menjajah dan aparteid ke atas penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.


Ketiga-tiga ketua negara itu mahu tindakan segera dan bertanggungjawab bagi memastikan pihak yang terbabit dipertanggungjawabkan dan menggesa semua pihak supaya berhenti dan menamatkan serangan ke atas orang awam, mengambil langkah meredakan ketegangan serta menjunjung peraturan dan undang-undang antarabangsa.


“Kami menggesa kedua-dua pihak menerima kehadiran sementara pihak antarabangsa di Bandaraya Al-Quds bagi memantau gencatan keganasan di Wilayah Palestin yang diduduki," kata mereka.


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut digesa bertindak segera dan mengambil segala langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan memberi perlindungan terhadap orang awam Palestin di seluruh Wilayah Palestin yang diduduki.


Mereka juga mengulangi solidariti dan komitmen mereka kepada penduduk Palestin termasuk hak untuk membuat keputusan sendiri serta mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram