Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya tak kenal pun Neelofa, mereka beli beberapa permaidani dengan harga keseluruhan RM10,000' - Hussein

0


Lelaki yang berselfie dengan pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail ketika membeli karpet di Nilai 3, mengakui dia sebenarnya tidak mengenai selebriti itu. 


Hussein, 30-an berkata, pasangan itu datang ke premis mereka pada Ahad lalu dan membeli beberapa permaidani yang berkualiti tinggi dengan harga keseluruhan RM10,000. 


"Saya tidak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial. Perkara sama saya lakaukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal.


"Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini viral meluas di media sosial. 


"Saya layan mereka seperti pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini," katanya. 


Hussein mendedahkan, polis juga datang ke premis mereka untuk mengambil keterangannya dan bertanya mengenai barang yang dibeli pasangan itu, jumlah perbelanjaan dan mengenai premis mereka.


"Polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan siasatan," katanya. 


Sementara itu, Ketua POlis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kertas siasatan berhubungan pasangan selebriti berkenaan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai, kini berada di peringkat akhir. 


"Kita sedang memperkemaskan kertas siasatan itu sebelum keputusan selanjutnya dibuat. Kes ini tak besar pun, cuma langgar SOP. Namun perkembangan terbaru nanti kita akan maklumkan kepada pihak media," katanya. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram