Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya tidak puas hati, tindakan ibu dia melampau' - Pemandu lori lapor polis video budak disuap dengan vape

0


Tidak berpuas hati melihat video viral kanak-kanak yang masih kecil disuap dengan rokok elektronik atau vape, seorang pemandu lori tampil membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, pada jam 11.14 pagi, Selasa, 4 Mei 2021. 


Mohd Rahman Ramli, 37, berkata, dia pada jam 10.30 pagi sebelum itu berada di rumahnya sedang melayari Facebook dan ternampak video itu di Facebook individu bernama Ryan NasT'Angler yang menunjukkan bayi yang dianggarnya berusia lingkungan 7 bulan dipaksa menghisap vape. 


"Bayi itu dipaksa oleh ibunya untuk menghisap vape sehingga terbatuk-batuk sambil dirakam videonya dan dimuat naik ke Instastory," katanya. 


BACA: (Video) 'Anak aku, suka hati aku' - Ibu suap vape pada anak 2 kali kononnya nak bergurau, dikecam netizen

BACA: 'Saya tak dera dan paksa anak hisap vape, cuma bergurau' - Suami tampil mohon maaf dan minta netizen berhenti kecam isterinya

 

Tindakan si ibu yang disifatkan melampau itu membuatkan Mohd Rahman tidak berpuas hati lalu pergi ke balai polis untuk membuat laporan agar pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik Instagram berkenaan. 



Suami kepada wanita itu terdahulu memuat naik kenyataan memohon orang ramai berhenti mengecam isterinya kerana apa yang dilakukan pada bayi mereka bernama Anaqi itu hanyalah sekadar gurauan sahaja. 


Lelaki berkenaan mengaku kesilapan mereka dalam mendidik anak, tetapi menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah menderanya. Manakala isterinya pula mendedahkan dia kini tertekan setelah video itu viral di media sosial dan menafikan menganiaya anaknya.


"Salah satu, semua orang nampak sampai viral. Korang tak nampak ibu dia sendiri jaga dia macam mana. Sudah-sudahlah viralkan video tu. Aku stress," katanya.


Sebelum ini, dia berkata, adalah hak dia untuk memuat naik apa jua kandungan media di akaun media sosialnya dan mana-mana individu yang tidak gemar dengan perkara itu boleh berhenti mengikutinya. 


Sumber: Facebook

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram