Slider

(Video) 'Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng dengan aku, hang tau dak aku sapa?!!' - Lan Pet-Pet pukul kepala rider penghantar makanan


Pelawak dan pelakon Senario, Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet-Pet dirakam bergaduh dengan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan.


Video kejadian yang viral di media sosial menunjukkan, Lan merangkul leher lelaki itu sebelum melepaskannya dan sempat memukul kepalanya. Pergaduhan itu berjaya dileraikan orang awam yang berada berhampiran dan cuba menenangkan Lan. 


Dalam masa yang sama, Lan melemparkan kata-kata amaran, "Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku, hang tau dak aku sapa?!" 


Sementara individu yang merakam video itu berkata, apa yang berlaku hanyalah perkara kecil yang tidak sepatutnya diperbesarkan. 


"Apa ni, ya Allah. Mende sikit-sikit je, Lan Pet-Pet ni... Apelah," katanya. 



Punca kejadian masih belum diketahui. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo