Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Israel punya jahat, aku suka' - Lelaki dipercayai penjawat awam umumkan sokong Israel secara terbuka

0


Di kala Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin yang dizalimi oleh Israel, seorang lelaki yang dipercayai penjawat awam memuat naik video dengan mengatakan dirinya menyokong Israel, mengundang kemarahan netizen. 


Video berdurasi satu minit itu menunjukkan, lelaki yang menggunakan nama Pahlawan90 di Tik Tok secara terbuka dan jelas mengatakan dirinya menyokong Israel kerana suka pada kezaliman yang ditonjolkan puak zionis berkenaan. 


"Bersama Israel! Hidup Israel! Tahu tak kenapa (aku) sokong Israel? Sebab memang aku suka Israel. Israel punya jahat, aku suka. 


"Dia punya jahat, dia punya pemberontakan aku suka. Aku tak suka tamadun, aku suka pecahkan ketamadunan, suka pecahkan sifat keperimanusiaan. Jadi kejam, aku suka.


"Yesss aku suka hidup dengan suasana yang kejam, aku suka wujudkan peperangan sebab itu aku suka Israel. Kan? Ramai lagi yang suka Israel. Angkat tangan sikit siapa suka Israel. Yay kita geng! Hidup Israel! Betul tak?


"Buat apa hidup baik-baik? Kita berperang, aku suka. Jangan cakap dengan Islam, jangan cakap dengan Yahudi, jangan cakap dengan agama lain. Dengan Israel sendiri pun aku suka bergaduh. Yes, itulah sifat aku. Aku suka bergaduh dengan Israel.


"Aku suka bergaduh, aku tak suka hidup secara aman. Aku tak suka, aku tak suka ketenangan. Aku suka peperangan," katanya.



Selepas video tersebut viral di media sosial, lelaki berkenaan segera menukar nama yang digunakannya di Tik Tok, sebelum bertindak menyahaktifkan akaun tersebut kerana dipercayai tidak tahan dengan kecaman netizen. 


Malangnya, nasi telah menjadi bubur apabila ada sumber yang memaklumkan, lelaki terbabit telah dipanggil oleh pihak atasan untuk siasatan lanjut. 


"Minta bersabar (semua), dia kerja malam dan telah dipanggil pihak pengurusan tadi. Ramai yang tengah tunggu kat luar ni. Depan balai pengawal pun dah ada yang menunggu. 


"Jenuh nak menjawab sebab satu tempat kerja. Sendiri buat, sendiri tanggung. Dia duduk rumah dalam kuarters, ni tak keluar-keluar," kata sumber berkenaan. 


Sementara itu di media sosial, majoriti netizen menggesan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu. Tidak kurang juga ada netizen yang berpendapat lelaki itu membuat kenyataan kurang cerdik sedemikian hanya untuk mencari perhatian.


Sumber: Facebook

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram