Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Lelaki tikam perut isteri, cemburu melihat isterinya bonceng motosikal lelaki lain

0


Viral di media sosial video yang menunjukkan seorang lelaki berusia 33 tahun bertengkar dengan isterinya berusia 25 tahun di sebatang lorong, sebelum suspek bertindak menikam mangsa sehingga mati. 


Dalam kejadian yang berlaku pada 29 April 2021, lebih kurang jam 2.12 petang di Jawa Barat, Indonesia, pasangan itu bertengkar kerana si suami bengang isterinya membonceng motosikal lelaki lain, membuatkan dia berasa cemburu. 


Ketika pertengkaran itu berlaku, juga kelihatan beberapa wanita lain yang berusaha menenangkan dan memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. 


Berdasarkan percakapan dalam video itu, suspek berkata dia tidak dapat menerima bahawa hubungan mereka berakhir begitu sahaja. Manakala mangsa berkata, adalah lebih baik hubungan mereka tidak diteruskan.


Suspek yang gagal mengawal kemarahan diri disebabkan kata-kata isterinya, lalu bertindak menikam perut mangsa dengan pisau, selain mencederakan mangsa di bahagian dahi, pinggang kanan dan lengan kanan. 



Tindakan suspek membuatkan saksi-saksi kejadian bertemperian lari sambil berteriak suspek telah menikam isterinya sebelum melarikan diri. Mangsa sempat dikejarkan ke hospital dan sedang menerima rawatan dan berada di pemantauan pihak hospital. 


Beberapa hari kemudian, suspek berjaya ditahan polis ketika bersembunyi di rumah saudaranya. Turut dirampas adalah pisau yang digunakan suspek dalam kejadian itu, sehelai baju berwarna biru gelap dan seluar jeans yang mempunyai kesan darah.


Berdasarkan keterangan dari pihak polis, suspek mengaku dia menikam isterinya kerana rasa cemburu setelah melihat isterinya membonceng motosikal lelaki lain. 


Suspek kini bakal dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan menganiaya dengan ancaman yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram