Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Sengaja tayang di media sosial seperti mencabar undang-undang' - Polis siasat keluarga Neelofa atas dakwaan langgar SOP PKP 3.0

0


Belum selesai isu merentas ke Nilai untuk membeli karpet, terkini timbul pula isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan beraya di rumah keluarga yang membabitkan pasangan selebriti dan keluarganya. 


Berdasarkan sumber media tempatan, Noor Nabila, memuat naik video yang menunjukkan keluarganya sedang bermaaf-maafan di hari raya pertama, di Instagram. Tetapi telah dipadamkan selepas netizen mula mempertikaikan video tersebut. 


Walaupun telah dipadam, netizen sempat merakam dan memuat naik semula video tersebut yang mengundang pelbagai reaksi netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan yang didakwa jelas melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 


Putrajaya sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula 12 Mei hingga 7 Jun, susulan kes positif Covid-19 menunjukkan peningkatan yang ketara di mana jumlah kematian juga meningkat secara mendadak. 


Dalam SOP PKP 3.0, aktiviti ziarah menziarahi di Hari Raya adalah tidak dibenarkan dan barang sesiapa yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan kompaun. 


Namun, tindakan keluarga selebriti itu benar-benar menimbulkan tanda tanya netizen apakah mereka tidak serik melakukan kesilapan yang berulang kali, atau mungkin tidak sedar akan SOP baharu itu? Atau mereka semua sebenarnya tinggal serumah? 


Berdasarkan video berdurasi 26 saat itu menunjukkan, Noor Nabila, Engku Imran, PU Hafiz, Noor Neelofa dan ahli keluarga lain bermaafan dengan ibu bapa mereka sempena hari raya dengan kapsyen "1 syawal yang penuh mulia". 


Di media sosial, netizen pula mendakwa mereka yang terlibat dilihat seperti sengaja menayangkan di media sosial seolah-olah mencabar undang-undang. 


"Keluarga Kandarsian Kelantan ini memang suka langgar SOP sebab duit bukan masalah pada mereka. Lofa kes meNILAI karpet pun belum settle lagi siasatannya. Orang macam ni sengaja mencabar undang-undang. Masukkan terus dalam penjara dan denda RM50,000 sebab kesalahan yang berulang kali," tulis Queen Bie. 


"Boleh dah lantik sebagai Duta Langgar SOP. Undang-undang dia main-main macam tu ja," tulis Rians. 


Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil maklum mengenai penularan video tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan terhadap keluarga Noor Neelofa atas dakwaan melanggar SOP ketika sambutan Aidilfitri. 


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, video tersebut dimuat naik oleh kakak kepada Neelofa pada Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail. 


Hasil siasatan awal mendapati, video berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Aidilfitri. 


"Kes masih dalam penyiasatan polis dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP," katanya. 


Namun, Anuar meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung video viral yang membabitkan keluarga selebriti itu dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. 


Sumber: Harian Metro, Forum Cari

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram