Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'You keluar ini pintu, saya tembak sama you!' - Majikan mabuk terajang & ugut tembak pemandu peribadinya

0


Viral di media sosial video seorang lelaki dimarahi, diterajang dan diugut tembak oleh majikannya yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian itu berlaku.


Menurut Muhamad Fiji Samroni, 27, yang bekerja sebagai pemandu peribadi berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu, 1 Mei 2021, kira-kira jam 1.22 pagi di Country Height Kajang. 


"Saya berada di rumah majikan dan berlaku pertengkaran di antara saya dengan majikan, Tan Heng Ta, disebabkan perkara yang saya sendiri tidak pasti. 


"Semasa pertengkaran itu, dia yang berada dalam keadaan mabuk memberitahu dia boleh buat saya mati. Sekiranya saya keluar dari rumah tersebut (rumah majikan), dia akan menembak saya. 


"Selain itu dia juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya dan menendang saya di bahagian bahu sebelah kanan. Motosikal saya juga telah dirosakkannya," kata mangsa yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada jam 9.15 pagi hari yang sama. 


Berdasarkan tiga klip video yang viral, suspek berkata dia tidak mahu berjumpa dengan mangsa lagi. 


"Saya cakap sama you, besok saya tarak mau jumpa you... You mali Fiji! Hello! Fiji! You keluar ini pintu, saya tembak sama you! Mali tunjuk (kepada) saya!"


Suspek berulang kali meminta mangsa membuka begnya untuk melihat isi kandungannya tetapi mangsa menjelaskan hanya ada susu anaknya dan sabun. Mangsa seterusnya nekad untuk beredar kerana enggan melayani majikannya yang mabuk lalu menolak motosikal ke pintu pagar. 


Keadaan menjadi semakin teruk apabila suspek menjatuhkan motosikal mangsa dengan sengaja dan berkali-kali memanggil pihak pengawal keselamatan untuk datang membantu dia menghalau mangsa dari kawasan kediaman itu. 



Sementara itu di media sosial, netizen menggesa pihak polis menyiasat video viral itu dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek yang jelas sekali telah menyerang pemandu peribadinya. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram