Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Warga emas (60-an) bakar rumah sewa selepas diarah keluar oleh pemiliknya

0


Seorang lelaki warga emas dipercayai bertindak membakar rumah sewanya kerana tidak berpuas hati setelah diarah keluar oleh pemilik rumah tersebut di Jalan Maju 3, Taman Pelangi, di Johor Bahru malam kelmarin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan pada 12.10 tengah malam dan menggerakkan 28 anggota dengan lima jentera selain turut dibantu BPP Tebrau.


“Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah dan berdasarkan maklumat daripada jiran berdekatan, individu yang berumur 60an itu membakar rumah sewanya sebelum bertindak melarikan diri.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat dua rumah teres satu tingkat terbakar dengan satu daripadanya musnah sebanyak 80 peratus, manakala rumah sebelahnya hanya terbakar 10 peratus sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru.


Menurut Mohd Shuhaimi, pihak bomba yang telah berjaya mengawal kebakaran bagaimanapun terpaksa bergegas semula ke lokasi kejadian setelah mendapat maklumat individu terbabit pulang semula dan cuba membakar rumah itu sekali lagi.


“Kita berjaya tangkap individu terbabit yang menganggu pihak bomba menjalankan tugas dan telah diserahkan kepada Balai Polis Taman Pelangi,” katanya.


Beliau berkata berdasarkan maklumat jiran berdekatan, suspek mempunyai isteri serta anak di Singapura dan disyaki mengalami masalah mental, selain dikehendaki keluar daripada rumah disewanya oleh pemilik pada hari ini (30 April).


Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


“Kes ada berlaku dan libat tangkapan serta masih dalam siasatan,” katanya.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram