Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

2 wanita rancang sunat bayi baru berusia 2 minggu, berdepan hukuman penjara 10 tahun

0


Dua wanita berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selepas merancang untuk mengkhatan bayi perempuan yang baru lahir. 


Pada bulan Januari, ibu bayi berkenaan, Sabrina Lightbody, 23, dan seorang lagi wanita, Noridah Binte Mohd, 50, meminta  doktor di Perth untuk melakukan proses berkhatan itu secara haram terhadap bayi yang baru berusia dua minggu itu. 


Namun, doktor berkenaan menolak dan melaporkan kepada polis mengenai perancangan pasangan itu. 


Beberapa hari sebelum itu, Lightbody memuat naik gambar di media sosial yang menunjukkan dia sedang memeluk anak perempuannya. 


Pasangan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Armadele pada Selasa lalu dan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 


Amalan berkhatan bagi alat kelamin wanita adalah tidak sah di sisi undang-undang Australia dan New Zealand, serta melanggar undang-undang hak asasi kemanusiaan antarabangsa. 


Lebih dari 200 juta wanita dan kanak-kanak perempuan telah menjalani prosedur yang dianggap tidak berperikemanusiaan itu di negara-negara Timur Tengah, Afrika dan Asia. 


"Amalan ini mungkin dapat diterima oleh beberapa budaya dan negara tetapi ia adalah satu kesalahan jenayah di Australia," kata kenyataan polis setelah dua wanita itu ditahan. 


Kedua-duanya telah dibenarkan diikat jamin dan kes akan disebut semula di Mahkamah Daerah pada Ogos ini. 


Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit sama ada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. 


Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.


Sumber: Daily Mail, Wikipedia

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram