Slider

Bayi berusia 2 hari ditemui di bus stop SMK Felda Sri Sendayan


Seorang bayi perempuan dipercayai berusia dua hari, ditemukan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan, dekat Seremban, pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 11.58 pagi berhubung penemuan bayi itu.


"Bayi perempuan tersebut dalam keadaan sihat dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.


Mohd Said berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.


Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789.



Semalam tular gambar dan video berdurasi 26 saat di laman sosial berkenaan penemuan bayi yang dipercayai diletakkan di dalam kotak di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah di Felda Sri Sendayan.


Sumber: Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo