Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dah jadi trend dalam keluarga kami' - Bapa beri nama anak HTML

0


Pemilihan nama anak merupakan proses yang rumit dan pastinya memerlukan pasangan suami isteri berfikir panjang sebelum membuat keputusan terakhir. 


Seorang lelaki di Filipina mengambil keputusan untuk memberi nama anak lelakinya, Hypertext Mark-up Language Rayo Pascual atau nama singkatannya, 'HTML'. 


Lelaki yang dikenali sebagai Spaghetti '88, bekerja sebagai web developer itu berkata, nama itu dipilih selepas dia memdapat inspirasi dari pekerjaannya. 


Menurut adik Spaghetti, Sincerely Yours '98 berkata, ahli keluarga mereka mempunyai nama-nama yang unik dan semuanya bermula dengan abang lelaki diberi nama, Macaroni '85, yang diberi oleh ayah mereka. 


Difahamkan, Spaghetti '88 lahir selepas Macaroni dan sepuluh tahun kemudian, ibu mereka hamil lagi sehingga ayah mereka memutuskan anak ketiga diberi nama yang menyerupai 'penutup surat' iaitu Sincerely Yours '88.


Angka di penghujung nama merupakan angka tahun kelahiran mereka. Keunikan nama tiga beradik itu turut mempengaruhi saudara mereka yang menamakan anak-anak seperti, 'Keju' kerana spaghetti tidak lengkap jika tiada keju. 


Dengan itu, dua anak lelaki dalam keluarga itu diberi nama Cheese Pimiento dan Keju Parmesan. Dan di saat itulah Spaghetti memutuskan untuk menamakan anak lelakinya HTML. 


"Ramai orang yang tidak menyukainya kerana menganggap nama itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan anak itu kelak mungkin akan mengalami kesukaran untuk menulis namanya sendiri atau diejek pada masa depan," katanya. 


Sumber: World of Buzz

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram