Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Doktor pun tak dapat jelaskan puncanya' - Wanita ini memiliki bulu mata paling panjang di dunia

0


Seorang wanita di China yang memiliki bulu mata terpanjang di dunia telah memecahkan rekodnya sendiri dengan bulu mata sepanjang lapan inci. 


Menurut Guinness World Records, You Jianxia memegang rekod bulu mata terpanjang sejak 28 Jun 2016 di mana ketika itu bulu matanya berukuran 12.4 sentimter (4.88 inci). 


Lima tahun kemudian, bulu mata Jianxia terus memanjang dan pada 20 Mei 2021, ukuran panjang terbaru bulu matanya adalah 20.5 sentimeter (8 inci). 


Kali pertama Jianxia menyedari bulu matanya lebih panjang dari biasa adalah pada tahun 2015 dan dia mendakwa telah mengunjungi pakar perubatan tetapi keadaannya tetap sama. 


"Saya menyedari bulu mata saya bertambah panjang pada tahun 2015. Ia terus tumbuh dan lama kelamaan menjadi semakin panjang.


"Saya ada berjumpa dengan pakar perubatan untuk mengetahui punca bulu mata saya menjadi begini. Tetapi doktor tidak dapat menjelaskan dan merasakan apa yang terjadi pada bulu mata saya adalah luar biasa. 


"Saya sendiri cuba memikirkan apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ada kaitan dengan genetik atau yang sewaktu dengannya. Namun, tiada seorang pun ahli keluarga saya memiliki bulu mata panjang seperti saya. 


"Seterusnya saya berfikir dan kemudian teringat yang saya pernah menghabiskan masa lebih dari 480 hari beberapa tahun yang lalu. Jadi saya pasti, ini 'hadiah' yang diberikan oleh Buddha," katanya.


Sumber: Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram