Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 3 suspek kes pecah rumah nekad terjun jejambat, berjaya ditahan polis

0


Tiga suspek pecah rumah bertindak memandu secara berbahaya ketika dikejar polis, nekad terjun dari jejambat berdekatan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tampoi.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukthar berkata, kesemua suspek itu yang mengalami kecederaan itu bagaimanapun berjaya ditahan. 


Sebelum kejadian, anggotanya sedangg melakukan rondaan cegah jenayah Seri Orkid berhampiran Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini pada jam 4.45 pagi dan terserempak dengan kereta suspek, Perodua Myvi biru dalam keadaan mencurigakan. 


Anggota polis kemudian mendekati kenderaan itu dan mengarahkan pemandunya berhenti. Tetapi suspek tidak mengendahkan dan terus memecut melarikan diri ke arah Jalan Skudai. 


Myvi yang dipandu suspek kemudian terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tampoi berhampiran Plaza Angsana, Johor Bahru. 



"Pemeriksaan mendapati, empat lelaki tempatan berusia 22 hingga 30 tahun berada di dalam kereta berkenaan. Ketika proses tangkapan dibuat, tiga daripada mereka bertindak terjun dari jejambat menyebabkan suspek patah tangan, bahu dan pinggang," katanya. 


Semakan rekod mendapati, tiga daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau dan kesemua suspek disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di kawasan Jalan Bakti, Mutiara Rini. 


Turut dirampas, pemutar skru, mesin pemotong, dua pembesar suara, dua telefon bimbit, pemotong bunga, sarung tangan, penukul dan playar boleh laras. 


Tiga suspek yang mengalami kecederaan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah Johor. Semua suspek direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS, Lady Zero TV

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram